Alhamdulillah. Sangat bagus bagi anda yang begitu teliti dan peka dengan kejadian yang menimpa saudara kita di Palestin, Syria, Selatan Thailand, dan tempat-tempat lain. Tahniah juga buat anda yang amat menitik beratkan setiap produk dan pemakanan yang dibeli agar semuanya bersih daripada sumbangan dana kepada puak-puak laknatullah yang melakukan kezaliman dan kekejaman terhadap manusia.
Isu Shaklee dikatakan turut menyumbang kepada pembinaan negara Israel ini, ditimbulkan oleh segilintir pihak yang kami katakan, ia adalah fitnah yang tidak berasas dan tanpa selidik. Benar, Shaklee adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Amerika Syarikat. Namun, anda harus bijak membezakan, produk buatan Yahudi / Amerika Syarikat, dengan produk yang menyumbang kepada dana penubuhan negara haram Israel tersebut.
Hakikatnya, Shaklee tiada kaitan dengan mana-mana pihak politik atau keagamaan apalagi dengan penubuhan Israel serta kezaliman zionis terhadap saudara mara kita di Palestin. Ini dinyatakan sendiri oleh syarikat Shaklee - seperti kenyataan di bawah.
Sebagai pengedar dan pengguna, kami juga adalah saudara kepada saudara kalian (kerana muslim adalah bersaudara). Maka kami juga sensitif dengan perkara ini. Sebelum anda, kami sendiri terlebih lagi ingin memastikan Shaklee - jenama produk yang kami promosikan - tiada kaitan dengan sesuatu yang memusnahkan jiwa-jiwa saudara kami sendiri. Malahan, kami sendiri, dengan keuntungan yang kami peroleh, kami sumbangkan sebahagiannya buat umat. Bukanlah ini untuk menunjuk (nauzubillah), tetapi agar setiap pelanggan dan pembaca tahu, kami bukanlah manusia enau dalam belukar.
Ayuh bersama-sama hulurkan bantuan. Kita mungkin tak dapat bersama dengan organisasi yang pergi ke Gaza untuk secara langsung memberikan pertolongan. Tapi, insyaAllah, kita mampu untuk memberikan sesuatu sebagai 'wakil' diri kita - samada dari segi harta, perkongsian ilmu, mahupun doa. Semoga sedikit dari kita itu menjadi sesuatu yang besar di sisi Allah. InsyaAllah. (^_^)

