Bayi anda mungkin takkan mampu menghabiskan 4 - 5 oz sekaligus. Lalu, apa yang boleh dilakukan dengan baki susu yang tidak diminum tersebut? Mungkin masih berbaki 1 - 2 oz. Atau setengah oz. Bagi para ibu yang meneruskan penyusuan ibu secara penuh selepas kembali bekerja, sesungguhnya setiap titisan susu yang diperah itu amat berharga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mungkin penghasilan susunya merudum samada akibat penat / stress kerja atau ter'skip' masa untuk mengepam.
Ilmu dan tips menguruskan baki susu ibu / Expressed Breast Milk (EBM) yang telah diminum bayi sangat penting untuk semua para ibu / pengasuh tahu. Tanpa ilmu, sememangnya susu yang diperah penuh kasih sayang dan pengorbanan tersebut akan terbuang lalu terbazir begitu saja. Dan ia pasti, sangat menyiat hati si ibu. *nanges laju-laju T_T
Adakah baki susu ibu boleh digunakan semula?
Ia mungkin selamat untuk menggunakan semula baki susu yang telah diminum bayi. Kerana semasa bayi minum, air liur bayi akan mengena pada susu dan ini menyebabkan bilangan bakteria dalam susu akan meningkat. Jika bayi anda pramatang, bayi anda mungkin tak boleh 'tolerate' dengan kehadiran bakteria tersebut walaupun dalam julat normal.
Buat masa ini belum ada lagi study yang extensive untuk isu ini. Namun, ada beberapa pendapat yang kita boleh ambil guna:
![]() |
| susu ibu biasanya di simpan dalam amaun 5 oz (amaun yang kecil untuk mengelakkan pembaziran) |
- Susu ibu berbeza dengan susu formula. Susu ibu mengandungi 'bacteria-fighting power' yang tiada pada susu formula. Dan kandungannya akan semakin berkurang pada susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk, dan semakin berkurang jika semakin lama disejuk beku. Namun ia tetap lebih baik berbanding susu formula. Bakteria pula akan bertumbuh lebih lambat di dalam susu ibu berbanding susu formula. Terdapat para ibu yang menyimpan baki susu yang telah diminum untuk jangka masa lebih 2 jam (sehingga 24 - 48 jam) untuk diberikan semula kepada bayi mereka, tanpa sebarang masalah. *aksi ini tidak boleh dicontohi untuk bayi pramatang.
- Baki susu ibu yang telah diminum bayi boleh digunakan semula bergantung beberapa faktor.
- Kebersihan sewaktu penyediaan ( kebersihan tangan, alatan mengepam, botol yang disteril / dicuci dengan air suam bersabun )
- Jangka hayat susu ibu sebelum ia digunakan (susu ibu fresh lebih mampu bertahan lama berbanding susu ibu yang telah lama disimpan dalam sejuk beku) - kerana faktor 'bacteria-fighting power' tadi.
- Keadaan bayi anda - sihat atau pramatang. Bayi pramatang hanya boleh diberikan susu ibu yang belum digunakan.
- Jangka masa susu dicairkan dan suhu sekeliling juga mempengaruhi keadaan susu tersebut. Sesetengah para ibu menyimpan semula baki susu yang telah diminum di dalam peti sejuk untuk diminum semula pada hari yang sama. Namun, adalah lebih baik jika baki tersebut dibuang selepas 1 - 2 jam tidak diminum. - Academy of Breastfeeding Medicine’s Clinical Protocol #8: Human Milk Storage Information for Home Use for Full-Term Infants (March 2010
- Baki susu ibu yang telah diminum boleh disimpan untuk jangka masa 6 - 8 jam untuk digunakan semula kerana ia mempunyai antibodi yang menghalang pertumbuhan bakteria, tidak seperti susu formula. - Per Breastfeeding, A Guide for the Medical Profession (7th edition, 2011) by Ruth Lawrence, MD (p. 639)
- Terdapat kajian oleh Brusseau R. yang mana, tiada perbezaan ketara antara kandungan bakteria di dalam baki susu ibu yang telah diminum bayi (telah terdedah kepada air liur bayi) yang disimpan semula dalam peti sejuk ( 4-6'C) dengan kandungan bakteria di dalam susu ibu yang masih belum digunakan. Dan ujian ini diteliti untuk tempoh 48 jam.Kajian ini dibuat merangkumi susu ibu yang freshly expressed dan disejuk beku. Walaupun ikut kajian ini, ia menunjukkan susu ibu yang telah diminum selamat digunakan semula untuk tempoh 48 jam disimpan dalam peti sejuk, namun Brusseau R. kata dia perlukan sampel yang lebih besar untuk analisis yang lebih meyakinkan. - Brusseau R. Bacterial Analysis of Refrigerated Human Milk Following Infant Feeding. May 1998
Akhirnya, tips daripada www.MahuSihat.com ialah, adalah lebih bijaksini jika penjaga si bayi menyediakan amaun yang tepat (atau hampir tepat) untuk si bayi minum. Contohnya, jika mengikut perhatian, bayi biasanya hanya minum 3 oz, jadi tuangkan hanya 3 oz dalam botol susu yang akan dihangatkan dan disua kepada bayi - kerana kebiasaan susu ibu disimpan dalam amaun 4 - 6 oz. Simpan selebihnya di dalam peti sejuk, tanpa dihangatkan dahulu. Ini adalah supaya tidak semua susu ibu tersebut terkena kepada air liur bayi. Oh ya. Susu ibu yang disejuk beku hendaklah dicairkan (thawing)secara perlahan di bahagian peti sejuk bawah (4-6'C).
Done! Happy breastfeeding dear owesome moms~
Untuk sebarang pertanyaan supplements yang membantu memeriahkan penghasilan susu anda, pm terus ke:
019-4573667
Syarifah Radhiyah
www.MahuSihat.com



