20 Feb 2014

Kebaikan ESP Shaklee Untuk Kita Semua

Energizing Soy Protein (ESP) Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap. Ia berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. ESP secara klinikal terbukti dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

ESP Shaklee


Berikut ialah kelebihan ESP Shaklee dan khasiatnya untuk kita semua:
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan amat baik untuk kesihatan jantung

  • ESP membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormone yang teratur

  • Paras glisemik indeks ESP yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal

  • ESP membantu menyokong system imunisasi, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
 


Dengan bahasa yang lebih mudah difahami, ESP mempunyai pelbagai khasiat antaranya:

  1. ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut.
  2. ESP membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%.
  3. 60 kajian menunjukkan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang.
  4. 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (low density lipoprotein - koleterol tidak baik) yang membawa kepada risiko darah tinggi dan sakit jantung.
  5. 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada penyakit jantung.
  6. ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki.
  7. ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang kerana ia diperbuat daripada protein soya (tumbuhan) yang melindungi sel buah pinggang - tidak seperti protein haiwan.
  8. ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser.
  9. Protein dan isoflavene dalam ESP bertinfak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser.
  10. Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan.
  11. Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan system pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bacteria / virus.
  12. Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%.
  13. ESP jika diamalkan dengan flavonoids mengurangkan sel kanser payudara sebanyak 10x ganda.
  14. ESP jika diamalkan bersama Shaklee Carotomax dan Ostematrix mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10 kali ganda.
  15. Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sihat untuk fungsi badan yang sempurna.
  16. ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  17. ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong system imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki).
  18. ESP mengawal 'mood swing' pada wanita ketika PMS (pre menstrual syndrome) dan wanita menopause.
Anda selesai membaca khasiat ESP? Dan ia ada lagi manfaat lain yang belum anda ketahui.

Jika anda ingin mendapatkan ESP Shaklee, silakan terus menghubungi saya di:



019-4573667 | Syarifah Radhiyah
 
 
atau, Jom Like di page Aizsya Health House untuk tawaran lebih istimewa.


 
Continue Reading

Adakah Produk Shaklee Halal?

Alhamdulillah.
Tahniah kerana anda adalah orang yang mementingkan status halal sesuatu produk sebelum anda mengambilnya. Betul. Ia amat penting kerana seseorang itu terbentuk daripada hasil yang dimakannya. Jika makanan itu halal (dari segi cara mendapatkan dan bahan pembuatannya)dan thoiyyibah (suci bahannya dan juga baik untuk kesihatan), maka itulah sebaik-baik makanan.

Majoriti produk Shaklee ialah supplement (makanan tambahan) sebagai pelengkap nutrisi harian kita. Ia dihasilkan dengan tujuan yang baik (untuk kesihatan), maka Alhamdulillah, ia juga diperbuat dari sumber dan cara pembuatan yang disahkan halal.

Di bawah ini ialah Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014.

Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014
Berita gembira, bukan?
Senyum dan syukur.

Sudahlah Shaklee adalah jenama supplement terhebat dunia dari aspek farmaseutikal, ia disahkan halal pula. Lega!
Continue Reading

8 Feb 2014

Tips Mudah Banyakkan Susu Ibu

Pada satu-satu masa, kebanyakan para ibu yang menyusukan bayi akan merasa risau dan tertanya-tanya,

Adakah bayi aku dapat susu yang cukup?”

“Eh laa, dah tertidur? Betul ke dah kenyang menyusu ni?”

Maklum saja, kalau minum susu formula, kita boleh nampak sukatan volume pada senggat botol tu – 50ml.. 90ml.. 2oz..4oz..kan?



Sebenarnya, walaupun waktu kita mengepam susu tu, hasilnya tak banyak – kekadang 2oz je..atau separuh – itu bukan lah petunjuk susu badan kita sikit. Tetapi, kalau kita tengok pada lampin bayi tu dah ada najis kumbahan dia, dan basah disebabkan air kencing, itu menunjukkan anak kita menerima cukup susu. Dan, jika si comel kita membesar dengan kadar yang normal, tu memang membuktikan si dia cukup mendapat khasiat dari susu yang kita berikan. (seronok kan? legaa..)
Apa pun, beberapa tips mudah untuk perbanyakkan susu boleh kita lakukan untuk membantu proses penyusuan yang berjaya!
 
Sebelum Sesi Penyusuan / Mengepam 

1. Makan makanan yang berkhasiat dan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

Pengambilan diet yang berkhasiat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan. Beberapa panduan yang kita boleh amalkan ialah:

1.1 Ambil makanan yang ada sumber kalsium yang terbaik. Kalsium bantu tulang si manja untuk membesar dengan kuat dan sihat.

1.2 Jadikan sayuran hijau dan buah-buahan  sebahagian besar diet kita. Sayuran hijau mengandungi phytoestrogens yang penting untuk penghasilan susu yang banyak. Sayur dan buah membekalkan serat dan kaya dengan pelbagai vitamins dan mineral.  Yang penting ia akan terdapat dalam susu kita juga!
*Asparagus ada phytoestrogens dan  tryptophan - ia adalah amino asid asas dalam pembentukan prolactin (hormon penting untuk hasilkan susu)



1.3 Makanlah karbohidrat kompleks seperti nasi, roti whole-grain dan kekacang sebab ia adalah sumber karbohidrat yang terbaik berbanding karbohidrat yang telah diproses seperti roti putih, pasta, dan snek.

1.4 Pilih protein yang kurang berlemak seperti daging yang tak berkulit, susu rendah lemak dan produk soya.

2. Berbincang dengan doktor atau jururawat masyarakat (JM) anda tentang cara penyusuan yang betul serta pengambilan suplemen bagi menambahkan penghasilan susu badan
Kekadang teknik penyusuan yang salah – bayi tak latch pada nipple - boleh menyebabkan susu badan gagal terhasil. Biasanya JM akan ajarkan kita dan pantau ketika kita breastfeeding.
Atau, badan kita memang serious bermasalah untuk hasilkan susu. Dalam kes ni, doktor akan prescribekan ubat untuk kita atau menasihatkan kita untuk ambil supplement tertentu.

3. Pam / perah susu anda disamping menyusukan bayi
Selain boleh menyimpan stok EBM (expressed breast milk), mengepam pun boleh bantu hasilkan lebih banyak susu. Sebab, otak kita akan bertindak balas dengan konsep demand and supply - lagi banyak permintaan, lagi banyak bekalan!
Laburkan sikit duit, belilah mesin pam yang berkualiti. Sekurang-kurangnya, anda tak bosan menunggu lama untuk susu keluar..



Biasakan mengepam 2-3 jam sekali dan sekurangnya 15minit setiap sesi (especially waktu bekerja). Atau, 5-10minit selepas breastfeed. Kalau tak mampu nak pam lepas breastfeed, cuba untuk pam di antara waktu breastfeedkan bayi kita. Contoh: 8pagi Menyusu > 9pagi Pam > 10pagi Menyusu > 11pagi Pam.
*Memang kena bersungguh sikit lah ye.. Kalau kita rasa jemu dan bosan, fikirkanlah, takkan seawal usia kurang 6 bulan kita dah nak ambil lembu jadi ibu susuan anak kita.. huu.
Mengepam kedua-dua belah serentak (double pumping) bantu rangsang penghasilan susu lebih banyak!

4. Hadkan / Elakkan penggunaan puting tiruan (pacifiers) dan botol susu ketika anda masih dalam usaha untuk perbanyakkan susu badan
Fitrah bayi memang dia nak selalu menghisap. Perasan tak, kalau kita sua kan jari kita pun, dia akan hisap. (comel!) Hisapan ni lah perangsang terbaik untuk hasilkan susu badan. Jadi, untuk pastikan sucking needs diorang ni dioptimumkan, jangan sia-siakan fitrah yang Allah dan kurniakan tu dengan memberi puting tiruan dan botol susu.

Ketika Sesi Penyusuan / Mengepam

1. Relaks 
Stress ketika menyusukan bayi atau mengepam boleh mengurangkan produksi susu. Susu ni kan rezeki.. dan memang tercipta untuk diberi dengan kasih sayang. Hasilkan mood tenang bila nak menyusukan / mengepam. Contohnya, fikirkan perkara yang indah bersama keluarga, lihat si comel kita yang mulus kudus tanpa dosa, atau, dengarlah muzik yang tenang dan santai. Eloknya kita berzikir atau mendengar al-quran bagi yang muslim.

2. Biarkan bayi menyusu sekerap dan selama mana ia mahu (feed on demand)
Semakin kerap si dia menyusu, semakin banyak susu terhasil. Sekurangnya 8kali sehari (setiap 3jam). Lebih, lebih baik.

3. Praktikkan sentuhan kulit bayi dengan kulit anda
Ketika menyusu, untuk si bayi, anda boleh cuba biarkan dia tanpa pakaian (hanya diaper) sambil balutkan selimut di belakang badannya untuk elakkan sejuk. Dan untuk para ibu, pakailah pakaian yang berbutang hadapan, agar anda boleh membukanya dan mewujudkan sentuhan kulit anda dengan kulit si bayi. (damainya!)



4. Susukan bayi dengan kedua-dua belah payudara
Ini untuk bantu kedua-dua belah payudara kita tahu untuk hasilkan susu. Mungkin ada segelintir ibu yang complain bayi mereka suka sebelah saja. Untuk isu macam ni, anda boleh pam yang sebelah lagi. Ok? :) 

5. Mari lakukan ‘percutian’ dengan bayi anda

Adakan satu masa (contohnya di hujung minggu) untuk anda dan bayi berdua bersama-sama dan biarkan dia bersama dengan ‘makanan kegemaran’ dia seharian. Waktu ni, cuba lah ‘bercuti’ sekejap dari jadual harian anda seperti memasak dan mengemas. This is just about you and your newborns. Alaa.. senang biasanya ia boleh dipraktik waktu dalam berpantang. :) 

Tips untuk banyakkan susu ni tak susah pun kan.. InsyaAllah, dengan izin Allah, mudah-mudahan rezeki anak kita murah dan penuh berkat sebab terhasil dari kita, ibunya yang melahirkan. Kena sentiasa ingat, Allah mengutamakan ibu dari ayah dalam ketaatan seorang anak adalah sebab hanya kita yang boleh mengandungkan, melahirkan, dan MENYUSUKAN anak kita. Apalah guna menjadi seorang ibu, yang Allah letakkan syurga seorang anak dibawahnya, padahal kita tak mahu pun bersusah sikit untuk menyusukan anak kita. Dan, tiada rasa penderitaan dan susah perit jika kita melakukan sesuatu dengan penuh suka dan cinta. Percayalah. :)

Silakan untuk hubungi saya bagi sebarang pertanyaan berkenaan set penyusuan dan lain-lain produk Shaklee.

Syarifah Radhiyah +60194573667
Like di FBpage Aizsya Health House
Email di aizsya.hh@gmail.com

Continue Reading

Mencari Pengedar Shaklee di Muar dan Ledang?

Bagi anda yang dah beberapa lama mendengar tentang produk Shaklee, mendapatkan produk Shaklee dari pengedar juga perlu kepada beberapa pertimbangan.

Adalah baik sekiranya pengedar itu boleh memberikan anda:
1. Harga yang terendah
2. Konsultansi atau panduan pengambilan supplement
3. Rajin untuk follow up dengan anda untuk sebarang masalah dan rundingan lanjutan

Dengan kami di Aizsya Health House, anda akan mendapatkan kesemua perkhidmatan ini. SECARA PERCUMA.

Mengapa penting harga yang terendah tak perlu lah kami terangkan. Ia sudah terang lagi bersuluh. Hehe.

Sebenarnya, konsultansi sangat penting apabila anda mengambil apa-apa produk. Tanya diri anda, atau perhatikan sekeliling. Doktor akan beri khidmat konsultansi apabila berjumpa dengan mereka. Untuk apa? Agar anda faham benar tentang penyakit yang anda alami. Berjumpa farmasi, mereka akan berikan anda panduan tatacara pengambilan ubatan serta tujuan ubat tu diambil. Beli kereta, beli peralatan elektrik, pun sama. Semua ada manual dan panduan. Seperti itulah penting nya bila ambil supplement. Konsultansi yang kami berikan adalah berpandukan panduan nutrisi yang betul. Juga cross reference dari pegawai perubatan dan farmasi.

Konsultansi langsung akan diadakan bagi pelanggan Cash On Delivery. :)


Ada pengedar Shaklee yang touch and go. Tiada follow up.  Anda mungkin ada masalah semasa pengambilan supplement. Seperti bibir terasa kering, seluruh badan terasa sakit, atau sebagainya. Rundingan lanjutan ini kami sediakan agar anda sentiasa boleh rujuk semula kepada kami jika terdapat sebarang kemusykilan atau masalah dan kami akan cuba membantu anda sehingga objektif anda tercapai.

Tiada apa yang lebih menggembirakan kami untuk menjadi pengedar Shaklee yang berjaya, berbanding melihat tahap kesihatan anda bertambah. Apalagi bila kami juga turut berjaya membantu kesihatan poket-poket anda.

Jika anda mencari pengedar shaklee di Muar dan Ledang, kami sedia berada di sana. Hubungi terus:



Syarifah Radhiyah
No. HP: 0194573667
E-mail:  aizsya.hh@gmail.com




Continue Reading