Bercerita tentang omega ni, rasanya semua kita tahu, tentang kebaikan omega terhadap kesihatan tubuh. Lebih-lebih lagi kepada jantung dan fungsi otak. Sampaikan ada nama susu Omega. Telur ayam pun ada nama Omega. hehe.
Baiklah. Omega ni ialah sejenis asid lemak asas (essential fatty acid) yang diperlukan oleh badan, tapi tak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri. Ia perlu diambil dari diet. Omega pula ada beberapa jenis. Dan jenis yang paling diperlukan oleh tubuh ialah Omega-3 dan Omega-6. Menariknya lagi, Omega-3 ni tak boleh didapati melalui pengambilan Omega-6, begitu juga sebaliknya. Ini bermakna, anda perlukan kedua-duanya daripada sumber makanan yang berbeza!
Omega-6 atau nama lainnya Linoleic Acid, boleh didapati daripada GLA (gamma linoleic acid) Complex; satu lagi produk keluaran Shaklee. Biasa kat luar disebut Evening Primrose Oil (EPO). Yang ni penting untuk fungsi kestabilan hormon.
Manakala Omega-3 atau nama lainnya Linolenic Acid, boleh didapati daripada Omega Guard. Omega-3 ni ni pun, ada dua sumber. Pertama daripada minyak tumbuhan yang memberikan ALA. Kedua, dan yang paling popular, daripada minyak ikan yang membekalkan EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid). Terbelit lidah mak nak nyebut..
Fokus tentang Omega-3, apakah fungsi Omega-3 dalam tubuh kita?
1. Omega-3 mengurangkan kesakitan dan bengkak akibat radang. Ini menjawab kenapa Omega-3 begitu baik untuk masalah psoriasis dan kulit kering.
2. Berkesan untuk mengurangkan tahap trigliceride (sejenis kolesterol). Di Barat, terdapat satu supplement bernama "Lovaza" yang telah disyorkan oleh FDA untuk mengurangkan tahap trigliceride. 1000mg kapsul Lovaza mengandungi 465mg EPA dan 375mg DHA.
Tahukah anda??
1000mg kapsul Shaklee Omega Guard mengandungi 540mg EPA dan 360mg DHA! Dan ia terdapat di Malaysia.
3. Omega-3 membantu menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian mendapati individu yang mengambil supplement minyak ikan (omega) kurang berisiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung.
4. Omega-3 juga mengikut beberapa kajian dapat membantu mengurangkan simptom (tanda-tanda) asthma dan lelah dalam kalangan kanak-kanak.
5. Omega-3 didapati membantu mengelakkan kejadian keguguran pramatang dalam kalangan wanita hamil akibat masalah autoimmune dipanggil antiphospholipid syndrome.
6. Membantu memperbaiki keadaan penyakit ADHD (attention deficit-hyperactivity disorder) dalam kalangan kanak-kanak. Kajian awal mendapati pengambilan omega mampu membantu meningkatkan tahap konsentrasi, fungsi akal, dan sikap dalam kalangan kanak-kanak berusia 7-13 tahun.
7. Mengurangkan sakit ketika datang haid (dysmenorrhoea). Pengambilan omega-3 bersama vitamin B12 (boleh diambil dari B Complex Shaklee) didapati membantu mengurangkan kesakitan ketika haid / menstruasi (PMS) dalam kalangan wanita dan secara tak langsung dapat kurangkan pengambilan ubat tahan sakit. (ambil ubat tahan sakit untuk jangka masa panjang sangat tidak baik untuk buah pinggang).
8. Beberapa bukti mendapati pengambilan Omega-3 dapat membantu mengurangkan berat badan dengan cara pembakaran lemak, dan mengurangkan kandungan gula dalam darah terhadap individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan tekanan darah tinggi. Ini bermakna, Omega Guard merupakan supplement yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darahtinggi dan obesiti.*
*produk ini tidak bertujuan untuk menggantikan rawatan perubatan anda.
9. Osteoporosis (tulang rapuh). Beberapa kajian telah menyarankan bahawa pengambilan Omega-3 bersama Calcium dan GLA mampu mengurangkan kadar kehilangan jisim tulang yang mengakibatkan tulang menjadi rapuh dalam kalangan wanita / lelaki berusia.
10. Arthritis (sakit sendi). Pengambilan Omega-3 bersama dengan ubat anti-radang (seperti Tablet Naproxen) didapati mampu membantu mengurangkan pengambilan ubat tahan sakit dalam kalangan pesakit arthritis. Ini kerana Omega-3 boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit pada sendi.
11. Fungsi otak. EPA dan DHA ni terkenal untuk fungsi akal kerana ia membantu melancarkan perpindahan signal yang berpindah dari tisu saraf ke tisu saraf lain di dalam otak. Maka, pengambilan Omega Guard mampu meningkatkan tahap kecekapan minda individu dalam menerima input dari luar. Ini sangat penting dalam proses pembelajaran. Selain itu, ia mengurangkan masalah cepat lupa / melambatkan nyanyuk (Alzheimer).
Banyakkan, kebaikan dan kepentingan Omega-3 dalam badan kita? Ini pun tak habis tulis. Ada banyak lagi. Kesimpulannya, Omega-3 sangat sangat sangat penting dalam badan kita. Dan ia tak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh maka ia perlu diambil dari diet harian. Tapi, kita makan ke tuna, mackarel, salmon, setiap hari?? Takkan kena ambil telur setiap hari? Lagi satu, ikan yang dimasak goreng atau bakar, memang akan menghapuskan semua zat Omega dia tau!
Nak selamat, ambillah Omega Guard Shaklee.. Kenapa?
1. Omega Guard Shaklee diektrak hanya dari isi ikan. Bukan dari hati ikan (macam Cod Liver Oil) sebab hati adalah organ dalaman yang biasanya menyimpan toksik.
2. Omega Guard Shaklee ditapis melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul - suatu proses ultratulen bergred farmaseutikal (macam nak hasilkan ubat walhal ia adalah supplement!). Ia tak menggunakan suhu tinggi sebab nak jaga struktur asli Omega-3 tu dan elak daripada lemak trans terbentuk. Anda dijamin menelan Omega-3 super tulen!
3. Omega Guard Shaklee tidak berbau hanyir. Ia ada bau. Tapi sangat sedikit. Anda pernah telan atau minum Cod Liver Oil selain Scott's Emulsion berperisa oren?? Selainnya memang bau ikan yang sangat2 kuat sampai kena tutup hidung semasa nak telan. Omega Guard Shaklee dengan selambanya boleh dikunyah..ngap!
4. Kandungan EPA dan DHA dalam setiap kapsul Omega Guard Shaklee adalah paling tinggi iaitu 90%! Ini jauh berbeza dengan pelbagai jenama yang terdapat di pasaran yang mana kandungan lemak ikannya yang lebih banyak berbanding EPA dan DHA itu sendiri.
Itulah mengapa sebabnya Omega Guard Shaklee adalah sumber Omega-3 yang terbaik dan tertulen. Omega Guard sesuai diambil dari usia seawal 1 tahun hingalah ke hujung usia. Bagi bayi dalam kandungan dan di bawah 1 tahun, ibu digalakkan mengambilnya untuk manfaat bayi dan ibu. Ayuh, mulai pengambilan Omega Guard seawal mungkin! Anda mampu mengubahnya.
Hubungi saya untuk tempahan. Istimewa November 2014 ini adalah promosi Omega Guard.
019-4573667 | Syarifah Radhiyah
Emel | aizsya.hh@gmail.com