11 Nov 2014

Apalah Sangat Jadi Pengedar Shaklee

Nota: Entri kali ini saya gunakan kata ganti 'aku' untuk merasa lebih dekat.

Aku tulis setelah genap setahun menjadi agen jualan langsung produk Shaklee ni. Dulu waktu aku masih belajar, aku selalu berangan akan buka kedai ubat (farmasi). Aku hanya tunggu di kedai. Pelanggan / pesakit datang mencari aku. Kerana aku malu. Malu untuk pergi kepada orang, dan beritahu mereka tentang jaga kesihatan, tentang pemakanan untuk kesihatan, dan tentang rawatan kepada kesakitan mereka. Kalau aku ada kedai, mereka yang datang kepada aku hanyalah mereka yang memang telah buka hati dan minda mereka untuk sesuatu pertolongan kecil. Dan pasti takkan dikecewakan.

Aku pernah berbual dengan seorang teman sewaktu ketika dulu.

"Aku nak buat bisnes saham. Aku akan cari mereka yang berpotensi untuk melabur dengan aku."

"Umph. Taknaklah aku. Kena cari-cari orang. Nanti ditolak. Lebih baik aku buka kedai. Pelanggan datang kepada aku. Aku hanya tunggu dan aku takkan dikecewakan (bila ditolak)."

Tak sangka, bila dah bekerja sekarang (off course makan gaji), namun menyedari hakikat aku perlu mencari lebih (duit) agar lebih banyak dapat aku lakukan untuk umat, dan memohon Allah tunjukkan, doaku terjawab dengan terjumpa dengan bisnes Shaklee ni. Dan, ia adalah produk jualan langsung! Aku setuju untuk yakin dengan jawapan tu sebab aku sendiri adalah pengguna produk Shaklee dan aku rasakan sendiri keberkesanannya - yang pelbagai.

Apalah Sangat Jadi Pengedar Shaklee
Global Outreach Cambodia, 2011. antara leap jump aku. sebab aku takkan lupa perkara ni. masih ada manusia yang hidup dalam perahu kecil. anak kecil jadikan besin sebagai 'perahu' mereka. Ya Allah, izinkan tanganku menjadi perantaraan bantuanMu kepada hambaMu.

Jadi peniaga seperti ini, aku kena pergi pada manusia, berkongsi dengan mereka tentang kebaikan yang aku rasa, tentang promosi dan pakej-pakej yang ada, tentang apa lagi Shaklee boleh beri, tentang kesan bahaya jika tak menjaga kesihatan lebih awal, dan sebagainya. Untuk lakukan ini, pelbagai cara difikir dan diusahakan. Tak cukup di status facebook yang menyemakkan mata, buat facebook page lagi, designkan flyers dan pamphlets untuk diedar samada dalam suratkhabar, selit pada wiper kereta, atau direct face-to-face. Bak kata suamiku, ia memalukan bagi orang yang pemalu.

Apalah Sangat Jadi Pengedar Shaklee
Ini lah set pertama aku kenal Shaklee. Memang terbukti berkesan. Tu yang aku yakin je nak sharing ngan orang. Tapi yelah, iman adalah mutiara.. bukan senang nak buat orang percaya selagi diorang tak rasa.


Ia menjadi memalukan dan mengecewakan bila orang menolak. Atau tiada sambutan. Tapi ia adalah suatu kegembiraan besar jika ada yang menerima dengan positif. Walaupun kemudiannya tidak membeli 1sen pun.

Apalah sangat jadi pengedar Shaklee.
Berbanding mereka yang menjadi da'ie ilallah (orang yang berdakwah kepada Islam). Mereka adalah pengamal ajaran Islam dengan benar. Dan merasa tenang dan selamat bersamanya. Kemudian mereka pergi kepada manusia, dengan ghairah berkongsi. Beritahu tentang adanya syurga dan neraka. Tentang janji-janji Allah kepada hambaNya yang taat. Dan menyampaikan peringatan akan azab kepada siapa yang menderhakai dan lalai. Tak cukup di masjid, surau, kedai kopi, program sana sini, kini di status facebook yang menyemakkan mata, buat facebook page lagi, designkan flyers dan pamphlets untuk diedar samada dalam suratkhabar, selit pada wiper kereta, atau direct face-to-face. Ahh. jika tiada 'izzah (mulia) dan ghirah (cemburu) pada agama, kerja-kerja itu takkan mampu terlaksana. Kerana iman takkan duduk diam. Tanpa iman, tu sebab kita berdiam sahaja.

Apalah sangat jadi pengedar Shaklee.
Untuk aku mahu berkecil hati, merasa malu, kecewa, bila ajakan ku ditolak mentah, atau dikondem. Kerana mereka tidak mengerti. Kerana mereka belum merasai.. Kerana mereka anti dengan nama Shaklee.

Berbanding mereka yang menjadi da'e ilallah. 
Mereka bersedih hati kerana ramainya umat manusia yang masih belum mengerti. Mereka kecewa kerana usaha mereka masih belum cukup bagus untuk membuatkan manusia tertarik untuk terima Islam. Mereka malu dengan Allah, kerana merasa masih belum berbuat sesuatu untuk agama Allah. Mereka bersusah payah memikirkan tentang umat. Kehidupan dan harta mereka diwakafkan untuk Islam. Kerana mereka tahu tentang indahnya Islam dan mereka ingin semua orang di dunia ini juga merasainya sebelum dunia ini tiada lagi untuknya.

Dan ramai yang menolak ajakan kepada Islam itu mentah-mentah. Bahkan dikondem oleh yang bernama Islam sendiri. Betapa ramai yang masih tetap tak mahu mengamalkan islam dengan sebenarnya walaupun tahu tentang kebenarannya. Kerana mereka tetap mahu merasa menyesal di kemudian hari. Atau kerana mereka anti dengan yang namanya Islam (islamophobia).

Apalah Sangat Jadi Pengedar Shaklee
Dan siapakah yang lebih baik perkataan nya berbanding mereka yang menyeru kepada Allah?
 -gambar kenangan. sesi usrah di tepi pantai Kemaman, 2010.



Apalah sangat jadi pengedar Shaklee. 
Kalau aku boleh tolong ramai orang jadi sihat, sihat itu tetap tak menjamin ajalnya akan sampai lebih lambat. Kalau aku boleh tolong ubah nasib ekonomi seseorang, kekayaan itu tetap tak menjamin dia untuk merasai nikmat iman dan islam serta membeli tiket ke syurga. Shaklee hanya produk dunia. 

Tapi.. apalah sangat jadi pengedar Shaklee.
Hikmahnya aku berpeluang untuk mengajarkan sesuatu kepada mereka yang mahu. Tentang kesihatan adalah nikmat Tuhan. Bersyukur dengannya adalah dengan menjaganya. Tentang perlu kepada tawakkal hatta sebelum berusaha memperbaiki kesakitan itu. Tentang penting kepada doa dan hakikat Allah adalah penyembuh. Serta tentang pentingnya infaq dan sedekah untuk meluaskan rezeki. Kerana Allah adalah pemilik segala yang di langit dan di bumi. Aku juga telah bertemu dengan ramai mereka yang sentiasa berinfaq dan bersedekah hingga ratusan ribu untuk Islam, sedang mereka adalah pengedar-pengedar Shaklee. Itulah. Bila kita buat sesuatu dengan doa terlebih dahulu, Allah akan jumpakan kita dengan just the right persons sesuai dengan doa kita dahulu.

Apalah Sangat Jadi Pengedar Shaklee
Shaklee takde pun dalam peta hidup. Tapi lokasi 'aku disini' yang menyebabkan Shaklee ada dalam peta hidup aku.
Apapun hakikatnya, usaha jadikan setiap pekerjaan kita adalah peluang untuk kita beribadah. Dan bagi aku, dunia ini bukanlah tempat untuk bersenang-senang. Jadi, biarlah kita bersusah payah dalam rencana melakukan kebaikan, berbanding bersusah payah dalam kondisi kepayahan sebenar yang memerlukan bantuan manusia lain (sudahlah miskin harta, miskin jiwa pulak).