29 Apr 2014

Diet Rendah Purine untuk Pesakit Gout

Serangan gout sememangnya menyakitkan. Ia seperti jarum jarum halus berada di dalam sendi anda. Ouchh!

Diet rendah purine untuk pesakit gout


Serangan gout terjadi disebabkan asid urik yang tinggi yang lepas tu menjadi kristal. Asid urik ni ialah hasil metabolisme purine. Purine pulak adalah sejenis amino asid (protein) yang semulajadinya memang ada dalam badan. Dan ia memang juga terdapat dalam makanan yang majoriti adalah yang berasaakan protein. Jadi, untuk mengelakkan ia berlaku, pengambilan diet yang betul adalah amat mustahak.

Kalau dulu, sebelum ada ubat untuk gout, diet untuk pesakit gout sangat strict! Itu tak boleh ini tak boleh.. memang susah nak ikut. Tapi semenjak kemajuan bidang perubatan ni, pesakit2 gout boleh lah menikmati kebanyakan hidangan dan hanya sedikit pantang. Kira pantang nampak lah.. isk.

Apa pun, untuk elak daripada serangan berlaku, atau penyakit2 yang lebih kronik bertamu, adalah lebih baik sekiranya anda yang berisiko tinggi (e.g. kandungan urik asid tinggi dalam darah, sejarah keluarga berpenyakit gout, obesity) mengamalkan diet seperti berikut. :)

Diet Rendah Purine untuk Pesakit Gout:

1. Kurangkan daging merah, ayam, dan ikan.
Tahukah anda? Dedaging ni memang kaya dengan purine. Sila elakkan daging2 yang amat tinggi kandungan purine nya, seperti daging lembu, kambing, organ dalaman, dan makanan2 laut yang tinggi lemak seperti lobster, udang, kerang dan tuna. Ikan bilis pun tinggi purine ye.
Ambil hidangan protein ni dalam 4-6 oz je sehari. Kira2 150gram lahh..

2. Cantaskan pengambilan lemak!
Lemak yang tinggi dalam diet dan dalam badan anda sendiri boleh menjejaskan proses pembuangan urik asid. Jadi, kurangkan ambil makanan2 berlemak, gantikan snek berlemak dengan makanan berasaskan tumbuhan. Minumlah susu low fat menggantikan full cream. Anda harus ingat,  lemak dan obesity terkait dengan gout.

3. Say NO to alcohol.
Ini hanya untuk non muslim. Kalau anda muslim,  sah2 haram ok.. huhh.

4. Ambil karbohidrat kompleks dan kurangkan karbohidrat yang telah diproses.
Karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh dan nasi adalah jauh lebih baik daripada yang telah diproses seperti roti putih, kek, pasta dan gula2/manisan.

5. Banyakkan minum air masak berbanding air manis.
Amalkan minum air masak 1L bagi setiap 25kg berat badan. Yelah.. contohnya berat anda 50kg, jadi anda harus minum air minima 2L sehari. Paham? Baguss. Hehe. Kerap buang air sebab minum air banyak tu takpe.. itu petanda ginjal anda berfungsi baik mencuci darah dan membuang toksik. :)

Nak contoh diet untuk pesakit gout??

Sarapan Pagi:
A. Roti bijirin penuh dengan trans free margerin
B. Bijirin (cereal) dengan susu skim (rendah lemak) bersama buah buahan segar
C. Nasi goreng cina (takde bilis dan sedikit daging ayam)
D. Nasi lemak yang kurang santan. (Ada ke? Hehe)

Makan Tengaharu:
A. Nasi putih + sup sayur yang dimasak tanpa bilis + ikan kembung 1 ekor
B. Nasi putih + ulam + ayam kukus berempah lada hitam + sedikit sambal belacan
C. Spaggetti berkuah dengan hanya 100g daging untuk hidangan anda

Makanlah bersama buah-buahan sebagai pembuka selera. Bukan pencuci mulut ye. Hehe.

Makan malam:
A. Roti bijirin penuh dengan salad segar bersama telur tanpa kuning telur (yolk)
B. Nasi putih + sayur goreng tanpa ikan bilis + ikan kembung
C. Pasembur tanpa udang atau hanya 50g udang

Snack time?
Boleh tiada masalah asalkan anda pilih makanan yang berkhasiat seperti buah2an dan salad tanpa mayonaise dan cheese. Kurangkan makanan bergoreng dan makanan proses seperti nugget burger dan french fries ye.

Diet rendah purine untuk pesakit gout
Bagaimana anda makan akan memberi kesan kepada bagaimana anda sembuh. Nak sihat, makan cara sihat ok!


Sebenarnya,  diet untuk pesakit gout atau yang berisiko gout ini hanyalah suatu pemakanan yang sihat. Sesiapa pun boleh amalkan. Sebab, bila anda makan makanan sihat, sel2 badan anda akan berfungsi dengan baik. Jadi, tiadalah masalah urik asod berlebihan hingga gagal untuk dinyahkeluar dari badan hingga mmebentuk kristal dan menyerang anda.

Ok?Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat! Dan ia sememangnya kewajiban kita untuk makan yang halal dan baik ( halaalan thoyyiba ), betul tak? ;)
Continue Reading

14 Apr 2014

OsteMatrix Shaklee Bantu Atasi Sakit Pinggang, Kejang, Sembelit

OsteMatrix Shaklee Teman Terbaik Anda!

OsteMatrix Shaklee diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. 

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama untuk penyerapan maksima oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Dan, OsteMatrix Shaklee mempunyai kandungan kalsium paling seimbang dengan kadar penyerapan 99%. 

Kajian membuktikan suplemen kalsium berkesan dalam meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berusia. Jadi, para wanita, suplemen kalsium amat penting kepada anda terutama untuk mengatasi risiko osteoporosis. Ini kerana jisim tulang akan mencapai kadar maksima dan akan berkurang seawal usia 28 tahun! Selepas 40 tahun, kepadatan tulang menurun lebih cepat.

Ostematrix Shaklee


Apakah Manfaat OsteMatrix Shaklee (kalsium)?

OsteMatrix ShakleeMenguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. ia juga merawat tulang retak, osteomalacia, eczema, konvulsi / kekejangan. 
 
Memperbaiki kejang dan kebas - 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kejang, kebas, sakit sendi dan arthritis.


Meringankan stres - kalsium mengimbangi tekanan darah, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar (penyebab gementar dan stres). Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.


Memperbaiki masalah haid - 1,000mg kalsium bersama magnesium didapati terbukti meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.


Memperbaiki hyperactivity perut dan gastrik - kalsium memainkan peranan yang sangat penting dalam pergerakan otot dan pergerakan salur penghadaman.

Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium. Pada 1916, ia didapati mampu merawat penyakit rickets (osteomalacia).

Magnesium menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Ia membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan jantung tidak sekata pada pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang atau batu hempedu.

Zinc, boron, manganes, kuprum memelihara metabolism kerangka tulang (skeleton) dan pertumbuhan otot, menyusun eenzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis.


 
Untuk lebih yakin, berikut adalah beberapa testimoni mereka yang telah mengamalkan OsteMatrix Shaklee:

Testimoni OsteMatrix Shaklee 1:

OsteMatrix Shaklee Bantu Atasi Sembelit
OsteMatrix Shaklee bantu atasi sembelit dan buasir.







 Testimony OsteMatrix Shaklee 2:

OsteMatrix bantu atasi sakit badan, kebas-kebas dan kejang
Kalsium sangat penting ketika hamil. Kalsium membantu mengatasi kekejangan / simpul biawak terutama di separuh fasa akhir usia kehamilan anda.

Bonus untuk para ibu yang menyusukan bayi. OsteMatrix Shaklee juga membantu dalam penghasilan susu ibu.

Testimony OsteMatrix Shaklee 2:
Ostematrix Shaklee sebagai milk-booster.
 Testimony OsteMatrix Shaklee 4:
OsteMatrix Shaklee Bantu Penghasilan Susu Ibu
OsteMatrix Shaklee sebagai komponen penting dalam Set Penyusuan.
 
Pendek kata, kalsium amat penting baik untuk lelaki mahupun wanita. OsteMatrix Shaklee mengandungi 120biji sebotol dengan harga RM61 sebotol. Dapatkan OsteMatrix Shaklee hari ini dengan DISKAUN ISTIMEWA hanya melalui kami di Aizsya Health House. Hubungi:

019-4573667 
Syarifah Radhiyah 

 Konsultansi pengambilan supplement dah tips berkaitan adalah percuma..

Continue Reading

8 Apr 2014

Mencabarnya Penyusuan Penuh

Alhamdulillah. Kini anak saya telah 7 bulan menyusu secara eksklusif. Bermula 6 bulan dia telah saya kenalkan dengan makanan sebagai zat pelengkap. Susu ibu masih diteruskan.



Bila berpindah di tempat kerja baru, cabaran saya kini bermula. Saya ditemukan dengan ketua yang boleh saya kata, workaholic. Yelah. Ca - ya.. Perempuan. Dia dah berkahwin. Cuma belum dikurnia cahaya mata.

Hari pertama saya terus berbincang dengan dia tentang niat saya untuk meneruskan penyusuan penuh hingga anak saya 2 tahun. Dia setuju dan benarkan. Mahu tak mahu, kita kena akui, air susu ibu (ASI) terbaik untuk anak di bawah usia 2 tahun. Dan, kita adalah dari golongan yang menekankan hal ini pada orang ramai.

Namun, bila sampai masa untuk merealisasikan misi ni, dia mula tercari-cari panduan bagi staf yang mahu keluar untuk sesi mengepam. Duh. Skema betul. Mungkin dia sakit mata tengok saya keluar pagi dan petang.

Esoknya, saya dapat tahu dia berbincang tentang saya dengan bos atasan. Saya terkilan. Apalagi bila beliau (bos atasan) meminta saya berkorban mana2 sesi yang boleh. Atau hanya mengepam pada waktu rehat tengahari.

Hari berikutnya, saya kembali dipanggil berbincang dengan ketua saya, untuk tak mengganggu kerja saya  dengan aktiviti peribadi saya. Dia dimaklumkan proses mengepam hanya mengambil masa 15minit. Saya juga disarankan untuk tak mengambil waktu untuk makan pagi kerana masa bekerja menjadi semakin singkat.

Di sudut lain, tentang tempat kerja saya, di sana tidak mempunyai ruang yg selesa untuk tujuan mengepam. Sesuatu yang tak seharusnya berlaku untuk organisasi saya. Jadi, hari2 pertama saya menjalankan sesi itu di suatu sudut yang boleh saya kata, awam. Cuma ia ada tirai. Yang boleh dibuka bila2 masa. Saya hanya berharap mereka tidak 'mengganggu' saya.

Dan keadaan2 ini, bagi diri saya yang lemah, sangat mengganggu emosi. Apalagi bila hampir setiap hari, kini, hasil yang dibawa balik tidak selumayan dulu. Kalau dulu kadang sampai 6 botol. Biasanya pasti 4 botol penuh. Kini boleh saja kurang daripada 1 botol! Selebihnya airmata saya yang memenuhkan baki botol2 tersebut.

Saya mengaku, saya adalah seorang ibu yang desperate mahu meneruskan penyusuan eksklusif ini sehingga anak saya 2 tahun. Tak henti harapan saya pada Yang Maha Memberi Rezeki, untuk mengizinkan niat saya ini tercapai dengan jayanya. Hakikatnya, susu ibu yang mengalir ini adalah milik Allah. Dia yang menciptaNya. Untuk hambaNya. Jika Allah ingin memberi kebaikan kepada hambaNya, tiada sesuatu pun yang boleh menghalangnya.

Benarlah. Bagi menjayakan misi penyusuan penuh ini, ia sangat memerlukan kita untuk cekal minda, emosi dan tubuh badan. Ia bukan hanya sekadar pada lisan. Tapi tekad yang jitu. Hati yang kental. Fikiran yang kreatif. Juga mungkin. Perlu bijak dalam permainan politik di tempat kerja. Huhhh.

Well said, di tempat saya bekerja kini, rata2 yg saya risik, tiada lagi yang berjaya menjayakan misi ini. Majoriti hanya sekitar 5-7bulan. Antara alasan yang diberi ialah, tak sanggup dengan komitmen yang perlu diberikan, anak dah selesa dengan susu formula, sibuk dengan tugasan pejabat, anak dah tak tahu direct breastfeeding, dan susu yang diperah bersemut (??). Tapi apa yang saya lihat, pentadbiran di sini yang 'tidak menggalakkan' misi ini. Mungkin saya boleh buat sesuatu. InsyaAllah.

Pertamanya, saya perlu mengamalkan surah yang diajarkan oleh mak mertua dan nenek saya. Elok diamalkan setiap pagi lepas subuh. Ia untuk menambat hati manusia. Agar orang berlapang dada dengan kita. Dan menjemput perasaan kasih sayang. InsyaAllah. Surah An-Nasr.



Continue Reading