Alhamdulillah. Kini anak saya telah 7 bulan menyusu secara eksklusif. Bermula 6 bulan dia telah saya kenalkan dengan makanan sebagai zat pelengkap. Susu ibu masih diteruskan.
Bila berpindah di tempat kerja baru, cabaran saya kini bermula. Saya ditemukan dengan ketua yang boleh saya kata, workaholic. Yelah. Ca - ya.. Perempuan. Dia dah berkahwin. Cuma belum dikurnia cahaya mata.
Hari pertama saya terus berbincang dengan dia tentang niat saya untuk meneruskan penyusuan penuh hingga anak saya 2 tahun. Dia setuju dan benarkan. Mahu tak mahu, kita kena akui, air susu ibu (ASI) terbaik untuk anak di bawah usia 2 tahun. Dan, kita adalah dari golongan yang menekankan hal ini pada orang ramai.
Namun, bila sampai masa untuk merealisasikan misi ni, dia mula tercari-cari panduan bagi staf yang mahu keluar untuk sesi mengepam. Duh. Skema betul. Mungkin dia sakit mata tengok saya keluar pagi dan petang.
Esoknya, saya dapat tahu dia berbincang tentang saya dengan bos atasan. Saya terkilan. Apalagi bila beliau (bos atasan) meminta saya berkorban mana2 sesi yang boleh. Atau hanya mengepam pada waktu rehat tengahari.
Hari berikutnya, saya kembali dipanggil berbincang dengan ketua saya, untuk tak mengganggu kerja saya dengan aktiviti peribadi saya. Dia dimaklumkan proses mengepam hanya mengambil masa 15minit. Saya juga disarankan untuk tak mengambil waktu untuk makan pagi kerana masa bekerja menjadi semakin singkat.
Di sudut lain, tentang tempat kerja saya, di sana tidak mempunyai ruang yg selesa untuk tujuan mengepam. Sesuatu yang tak seharusnya berlaku untuk organisasi saya. Jadi, hari2 pertama saya menjalankan sesi itu di suatu sudut yang boleh saya kata, awam. Cuma ia ada tirai. Yang boleh dibuka bila2 masa. Saya hanya berharap mereka tidak 'mengganggu' saya.
Dan keadaan2 ini, bagi diri saya yang lemah, sangat mengganggu emosi. Apalagi bila hampir setiap hari, kini, hasil yang dibawa balik tidak selumayan dulu. Kalau dulu kadang sampai 6 botol. Biasanya pasti 4 botol penuh. Kini boleh saja kurang daripada 1 botol! Selebihnya airmata saya yang memenuhkan baki botol2 tersebut.
Saya mengaku, saya adalah seorang ibu yang desperate mahu meneruskan penyusuan eksklusif ini sehingga anak saya 2 tahun. Tak henti harapan saya pada Yang Maha Memberi Rezeki, untuk mengizinkan niat saya ini tercapai dengan jayanya. Hakikatnya, susu ibu yang mengalir ini adalah milik Allah. Dia yang menciptaNya. Untuk hambaNya. Jika Allah ingin memberi kebaikan kepada hambaNya, tiada sesuatu pun yang boleh menghalangnya.
Benarlah. Bagi menjayakan misi penyusuan penuh ini, ia sangat memerlukan kita untuk cekal minda, emosi dan tubuh badan. Ia bukan hanya sekadar pada lisan. Tapi tekad yang jitu. Hati yang kental. Fikiran yang kreatif. Juga mungkin. Perlu bijak dalam permainan politik di tempat kerja. Huhhh.
Well said, di tempat saya bekerja kini, rata2 yg saya risik, tiada lagi yang berjaya menjayakan misi ini. Majoriti hanya sekitar 5-7bulan. Antara alasan yang diberi ialah, tak sanggup dengan komitmen yang perlu diberikan, anak dah selesa dengan susu formula, sibuk dengan tugasan pejabat, anak dah tak tahu direct breastfeeding, dan susu yang diperah bersemut (??). Tapi apa yang saya lihat, pentadbiran di sini yang 'tidak menggalakkan' misi ini. Mungkin saya boleh buat sesuatu. InsyaAllah.
Pertamanya, saya perlu mengamalkan surah yang diajarkan oleh mak mertua dan nenek saya. Elok diamalkan setiap pagi lepas subuh. Ia untuk menambat hati manusia. Agar orang berlapang dada dengan kita. Dan menjemput perasaan kasih sayang. InsyaAllah. Surah An-Nasr.

