Serangan gout terjadi disebabkan asid urik yang tinggi yang lepas tu menjadi kristal. Asid urik ni ialah hasil metabolisme purine. Purine pulak adalah sejenis amino asid (protein) yang semulajadinya memang ada dalam badan. Dan ia memang juga terdapat dalam makanan yang majoriti adalah yang berasaakan protein. Jadi, untuk mengelakkan ia berlaku, pengambilan diet yang betul adalah amat mustahak.
Kalau dulu, sebelum ada ubat untuk gout, diet untuk pesakit gout sangat strict! Itu tak boleh ini tak boleh.. memang susah nak ikut. Tapi semenjak kemajuan bidang perubatan ni, pesakit2 gout boleh lah menikmati kebanyakan hidangan dan hanya sedikit pantang. Kira pantang nampak lah.. isk.
Apa pun, untuk elak daripada serangan berlaku, atau penyakit2 yang lebih kronik bertamu, adalah lebih baik sekiranya anda yang berisiko tinggi (e.g. kandungan urik asid tinggi dalam darah, sejarah keluarga berpenyakit gout, obesity) mengamalkan diet seperti berikut. :)
Diet Rendah Purine untuk Pesakit Gout:
1. Kurangkan daging merah, ayam, dan ikan.
Tahukah anda? Dedaging ni memang kaya dengan purine. Sila elakkan daging2 yang amat tinggi kandungan purine nya, seperti daging lembu, kambing, organ dalaman, dan makanan2 laut yang tinggi lemak seperti lobster, udang, kerang dan tuna. Ikan bilis pun tinggi purine ye.
Ambil hidangan protein ni dalam 4-6 oz je sehari. Kira2 150gram lahh..
2. Cantaskan pengambilan lemak!
Lemak yang tinggi dalam diet dan dalam badan anda sendiri boleh menjejaskan proses pembuangan urik asid. Jadi, kurangkan ambil makanan2 berlemak, gantikan snek berlemak dengan makanan berasaskan tumbuhan. Minumlah susu low fat menggantikan full cream. Anda harus ingat, lemak dan obesity terkait dengan gout.
3. Say NO to alcohol.
Ini hanya untuk non muslim. Kalau anda muslim, sah2 haram ok.. huhh.
4. Ambil karbohidrat kompleks dan kurangkan karbohidrat yang telah diproses.
Karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh dan nasi adalah jauh lebih baik daripada yang telah diproses seperti roti putih, kek, pasta dan gula2/manisan.
5. Banyakkan minum air masak berbanding air manis.
Amalkan minum air masak 1L bagi setiap 25kg berat badan. Yelah.. contohnya berat anda 50kg, jadi anda harus minum air minima 2L sehari. Paham? Baguss. Hehe. Kerap buang air sebab minum air banyak tu takpe.. itu petanda ginjal anda berfungsi baik mencuci darah dan membuang toksik. :)
Nak contoh diet untuk pesakit gout??
Sarapan Pagi:
A. Roti bijirin penuh dengan trans free margerin
B. Bijirin (cereal) dengan susu skim (rendah lemak) bersama buah buahan segar
C. Nasi goreng cina (takde bilis dan sedikit daging ayam)
D. Nasi lemak yang kurang santan. (Ada ke? Hehe)
Makan Tengaharu:
A. Nasi putih + sup sayur yang dimasak tanpa bilis + ikan kembung 1 ekor
B. Nasi putih + ulam + ayam kukus berempah lada hitam + sedikit sambal belacan
C. Spaggetti berkuah dengan hanya 100g daging untuk hidangan anda
Makanlah bersama buah-buahan sebagai pembuka selera. Bukan pencuci mulut ye. Hehe.
Makan malam:
A. Roti bijirin penuh dengan salad segar bersama telur tanpa kuning telur (yolk)
B. Nasi putih + sayur goreng tanpa ikan bilis + ikan kembung
C. Pasembur tanpa udang atau hanya 50g udang
Snack time?
Boleh tiada masalah asalkan anda pilih makanan yang berkhasiat seperti buah2an dan salad tanpa mayonaise dan cheese. Kurangkan makanan bergoreng dan makanan proses seperti nugget burger dan french fries ye.
![]() |
| Bagaimana anda makan akan memberi kesan kepada bagaimana anda sembuh. Nak sihat, makan cara sihat ok! |
Sebenarnya, diet untuk pesakit gout atau yang berisiko gout ini hanyalah suatu pemakanan yang sihat. Sesiapa pun boleh amalkan. Sebab, bila anda makan makanan sihat, sel2 badan anda akan berfungsi dengan baik. Jadi, tiadalah masalah urik asod berlebihan hingga gagal untuk dinyahkeluar dari badan hingga mmebentuk kristal dan menyerang anda.
Ok?Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat! Dan ia sememangnya kewajiban kita untuk makan yang halal dan baik ( halaalan thoyyiba ), betul tak? ;)


