Bagi para ibu yang masih 'freshie' dalam dunia penyusuan ni, ayuh di sini saya kongsikan bagaimana cara pengurusan EBM (Expressed Breast Milk).
![]() |
| ini ialah hasil perahan pada hari pertama saya bekerja. 'Aizsy waktu tu 3 bulan. nostalgia beb! |
![]() |
| Ini ialah Medela Freestyle (RM1.3-1.7k) |
- Pastikan tangan dan peralatan mengepam sentiasa bersih.
- Pam ketika anda berehat, tenang, dan ketika payudara terasa penuh.
- Sebelum naik kerja, latih anak anda untuk minum susu EBM dalam botol. Ia memerlukan 3 - 4 minggu untuk memperkenalkan botol susu. Pilih jenis botol susu yang support breastfeeding.
- Waktu kerja 8 jam, sebolehnya anda mengepam 3 kali (rehat pagi - tengahari - petang). Berbincang dengan ketua anda untuk tujuan ini.
- Atau, jika anda keluar (bayi tidak bersama) lebih daripada 3 jam, anda jua seharusnya mengepam pada waktu itu. Jika tiada breastpump machine, jangan panik! Anda boleh gunakan teknik manual.
- Penyusuan secara langsung (direct feeding) pada waktu malam dan ketika anda bercuti sangat merangsang kepada penghasilan susu yang meriah. Selain itu ia juga dapat mengeratkan hubungan anda dengan bayi tersayang!
- Pertama, anda harus tahu bahawa susu EBM ada pelbagai warna, bau dan rupa. Itu normal. Sebab ini semua bergantung kepada diet si ibu. Maknanya.., penting tak pemakanan ibu untuk kelestarian susu yang diperah?? Penting...!
- Kedua, anda boleh menambah susu yang diperah pada waktu tengahari ke dalam susu yang telah diperah pada waktu pagi. Lepas tu, baru simpan! ^_^ Baca sini untuk TIPS MUDAH BANYAKKAN SUSU.
- Susu yang disimpan akan terbahagi kepada 2. Bahagian berlemak akan terapung di atas dan air akan mendak di bawah. Itu normal.
- Sebaiknya susu EBM disimpan dalam amaun 4-5oz sahaja. Ini untuk elakkan pembaziran setelah susu dicairkan nanti. Sebab biasanya bayi hanya minum 4-5oz satu sesi. Botol/beg EBM yng dijual di pasaran pun biasanya bersaiz 5oz.
![]() |
| ihsan inche medela. jenama penjagaan EBM terbaik pilihan hospital dan perbidanan. *tolong promote sket.. hehe |
- Jangan simpan EBM di bahagian pintu peti sejuk. Sebaiknya, simpan di bahagian yang paling sejuk (di bahagian tengah tempat sejuk beku).
- Penuhi susu EBM 3/4 botol sahaja. Tinggalkan sebahagian ruang udara. Ini kerana, susu akan mengembang (isipadu bertambah) apabila beku. Jadi, taklah botol EBM anda mudah pecah / retak.
- Labelkan botol/beg EBM dengan tarikh mengepam. Ini memudahkan proses First In First Out!
- Jangan cairkan / suamkan EBM yang beku menggunakan microwave atau dalam air mendidih untuk mengelakkan kehilangan vitamins dan mineral serta komponen-komponen penting yang lain yang terdapat dalam susu EBM.
- Sebaiknya, cairkan susu EBM beku dengan membawanya turun dari tempat sejuk beku ke bahagian dingin sepanjang malam. Susu akan mencair secara perlahan sepanjang malam.
- Alternatif lain, anda boleh letakkan susu EBM tersebut pada beg suam (bersuhu maksimum 37'C). Ini semua bertujuan untuk memelihara segala komponen penting dalam susu ibu tersebut. Ingat, susu ibu adalah susu yang paling mahal kat dunia ni kerana komponen-komponen di dalamnya tidak dapat ditandingi oleh susu formula!
- Suamkan EBM dalam heater yang sesuai (suhu tidak melebihi 37'C) atau rendamkan botol / beg EBM dalam air panas (bukan mendidih).
- Selepas EBM mencair dan suam, pusarkan (swirl) botol susu yang mengandungi EBM tersebut secara perlahan untuk sebatikan bahagian air dan lemak. Menggoncang atau mengacau susu tersebut boleh menyebabkan komposisi susu tersebut tidak stabil.
- Ingat! EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula. Ia mesti digunakan dalam masa 24 jam. (Baki susu lepas minum tu boleh simpan dalam peti sejuk bahagian bawah untuk digunakan pada hari sama - walaupun ada sesetengah ibu menggunakan baki tersebut untuk keesokan hari)
![]() |
| penyusuan secara langsung dapat eratkan rasa cinta dan kasih sayang antara ibu dan anak. susu ibu menyampaikan naluri keibuan anda kepada anak anda.. |
Okay..dah siap. Susu EBM sedia diminum oleh anakkanda terchenta.. Jangan lupa bacakan doa dan ayat2 quran semoga anak anda sihat dan membesar jadi hamba Allah yang soleh bertaqwa. InsyaAllah, ameen...
*Jika anda ada masalah tentang penyusuan atau mahukan lebih tips keibubapaan dan penyusuan, emelkan ke
aizsya.hh@gmail.com
**Sekiranya anda perlukan set pemakanan tambahan untuk menggalakkan penghasilan susu atau anda mahu memulakan semula penyusuan selepas berhenti menyusu, call/ sms





