27 Sept 2014

Migrain?? Atasinya Dengan OsteMatrix, B-Complex Shaklee

Sakit kepala?? Migrain?? 

Ia berlaku apabila saluran darah (arteri) di bahagian kepala anda membesar dan tisu saraf yang mengelilingi arteri tersebut membebaskan bahan kimia lantas menyebabkan radang (inflammation). Bila keradangan terjadi, arteri ini akan menjadi lebih besar, bersamanya kesakitan yang menyebabkan anda rasa nak hantuk kepala kat dinding. *peluh

Migrain?? Atasinya Dengan OsteMatrix, B-Complex Shaklee
aarkkkk.. sa kitt sa ngattt!

Apakah Penyebab Migrain??

Banyak sebab. Ini antara punca-punca sakit kepala dahsyat / migrain berlaku:
  • Tindakbalas alahan
  • Cahaya yang terlalu terik (tengahari buta), bunyi bising ya amat, bau / perfume
  • Stress dari segi fizikal atau emosi
  • Bertukar waktu tidur atau tak cukup tidur
  • Tak makan atau berpuasa
  • Kitaran haid, pil perancang kehamilan, permulaan menopause (berhenti haid)
  • Makanan yang mengandungi tyramine (cheese pizza?, hati ayam), MSG (chikedis, makanan masak kat kedai mamak, warung kak jah) dan nitrates (hot dogs??)
Apapun, penyebab migrain ni kadang2 berbeza setiap individu. Dan, mengelak daripada punca2 tersebut tak begitu menjamin migrain takkan terjadi.

Apakah Tanda Migrain?

Antara tanda-tanda migrain berlaku kebiasaannya pesakit akan berasa:
  • Sakit kepala samada sakit atau sa kit sa ngatt. Kesakitan ni biasanya pada satu tempat. Namun, ia boleh terjadi di bahagian lain pada masa akan datang.
  • Sakit mencucuk dan menekan di bahagian kepala tersebut
  • Kesakitan bertambah bila melakukan aktiviti
  • Yang paling tak seronok, tak boleh nak teruskan kerja harian!
  • Loya, muntah
  • Semakin sensitif terhadap cahaya dan bunyi
Migrain diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Dan untuk keadaan migrain yang ditahap biasa (walaupun sakit jugak), tiada perubatan khas yang disediakan untuknya melainkan ubat-ubatan untuk tahan atau kurangkan rasa sakit. Jadi, jika keadaan migrain anda masih ditahap belum sampai kena makan ubat-ubatan khas, adalah lebih bijak jika anda tanganinya dengan mengambil supplement. Agar saluran darah dan sistem saraf anda lebih sihat.

Migrain?? Atasinya dengan OsteMatrix, B-Complex Shaklee

Migrain?? Atasinya Dengan OsteMatrix, B-Complex Shaklee

Mengapa OsteMatrix?

OsteMatrix Shaklee telah diuji secara klinikal mampu diserap tubuh pada kadar maksima dan ia aktif di dalam tubuh selama 12 jam. Pada 12 jam inilah kandungan Ostematrix diserap pada sel-sel lalu memberikan kesan pemulihan.

OsteMatrix lebih sekadar kalsium. Ia juga mengandungi vitamin D yang penting untuk penyerapan kalsium oleh tubuh, mangan, kuprum dan zink yang sangat diperlukan oleh bukan sekadar tulang, tetapi juga jantung, hati, paru-paru, ginjal serta fungsi otot dan tulang.

Kesan yang baik kepada seluruh jisim tubuh inilah amat penting untuk membantu mengurangkan stress, memperbaiki depresi, mood yang tidak stabil, punca kepada sakit kepala dan pitam.

Mengapa Sustained Release Vita-C Plus??

Vitamin C Shaklee ini direka dengan teknologi Sustained Release. Iaitu setiap 100mg ascorbic acid (vitamin C) dilepaskan ke dalam tubuh setiap 1 jam. Jadi, ia diibaratkan anda memakan 1 biji oren sunquick setiap 1 jam.

Vita-C Plus dibuat daripada sumber jagung yang mana kandungan vitamin C nya amat pekat. Ditambah dengan citrus dan bioflavonoids, ini membantu mempercepat dan memaksimakan penyerapan ke dalam sel tubuh.

Vitamin C sangat penting untuk menjaga kesihatan tisu tubuh, tulang, saraf, gigi dan gusi serta integriti kulit. Kesihatan dalaman inilah yang seterusnya memberi impak terhadap pemulihan daripada tekanan, insomnia, dan keresahan.

Mengapa B-Complex???

Anda mempunyai cukup Vitamin B? Ini kerana pemakanan yang tidak seimbang, keadaan sekeliling, atau sesetengah perubatan boleh menjejaskan kadar vitamin B yang terdapat dalam tubuh anda. B-complex Shaklee, ia mengandungi kesemua ahli keluarga vitamin B secara lengkap (8 jenis).Tak semua vitamin B dijual secara lengkap. Kerana kosnya yang tinggi.

Folic acid dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah. Vitamin B1, B2, B3, B6, biotin dan pantothenic acid membantu untuk memproses protein, lemak dan karbohidrat agar menjadi tenanga. Ia juga penting kepada fungsi saluran darah dan tisu saraf; jadi ia penting kepada proses membaikpulih sakit kepala, stress, kemurungan dan insomnia.

Paling utama, B-complex Shaklee mudah diserap oleh tubuh. Sekiranya satu tablet bernilai RM0.50, anda akan mendapat RM0.48 khasiatnya! (maksudnya, hampir 100% tablet yang anda telan berjaya diserap dan memberikan kesan)

Mengapa Shaklee? Vitamin jenama lain tak boleh ke??

Yang ini anda perlu ingat. Mengapa kami sarankan anda menggunakan jenama Shaklee. Ini adalah kerana, setiap vitamin yang dihasilkan oleh Shaklee telah menjalani ujian klinikal - ujian ini hanya diwajibkan untuk ubat-ubatan, tidak kepada supplement. Oleh itu, setiap vitamin Shaklee telah dibuktikan keberkesanannya terhadap kesihatan para penggunanya. Bukan itu sahaja. Vitamin Shaklee dihasilkan secara semulajadi (natural) - iaitu tiada pewarna, pengawet, perasa, mahupun bahan kimia rekaan (sintetik). Kesemuanya diekstrak original daripada sumber alami - kalau nak kata Shaklee ni jamu moden lagi berteknologi pun boleh. *senyum

Untuk maklumat lanjut tentang Set Migrain ini, atau ingin tahu tentang testimoni pengguna yang telah merasai kesannya, hubungi:

019-4573667
Syarifah Radhiyah 
www.MahuSihat.com