8 Sept 2014

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah

Bila usia dari 3 series nak masuk 4 series (ala2 BMW gitu), mulalah kan nampak garis-garis halus kat tepi mata.. asal senyum je nampak. nampak je senyum. eh. tak senyum pun dah nampak..! Bintik-bintik hitam kat rahang pipi pun mula menampakkan diri.. aduss. Terus rasa malas nak tengok cermin kan.. nak pakai tudung pun tengok dari jauh je.. haha.

*Ini adalah reaksi salah seorang kakak saya yang saya ceritakan tanpa pengetahuannya. kikiki.. ampun!

Ok. Stop mengumpat. Meh cheq nak habaq mai..

Shaklee ada satu set inovasi untuk penjagaan wajah. Nutriwhite series.

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
amek haa.. siap dah masuk Rencana dalam majalah Wanita kau....
Betul. Set Nutriwhite ni adalah untuk menyerikan atau menaikkan seri wajah. Izinkan saya perkenalkan ketujuh keluarga Nutriwhite ini. tadaaa~~

1. Gentle Deep Foaming Cleanser

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
  • Membersih dan menyegarkan kulit
  • Ekstrak rumpai laut di dalam nya berfungsi untuk menyah cela, menanggalkan dan menegangkan kulit
  • Algae hijau bekerja secara mendalam untuk detoksifikasi dan melembapkan
  • Strawberry Begonia akan menyerahkan kulit serta memudarkan dan mensekatan warna kulit akibat pigmentasi
  • Melembut dan menganjalkan struktur wajah
Satu bekas ni 150g. Ikut pengalaman saya, 4 bulan pakai untuk seorang. Sebab sekali guna hanya sebesar kacang pea. Sangat jimat!

2. Soothing Radiance Whitening Softener (toner)

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
  • Menenang dan mengembalikan kulit ke pH asal (kena tahu banyak jenis toner akan memedih dan mengeringkan kulit akibat pH yang keras pada kulit wajah).
  • Kulit akan rasa lebih segar dan kejap (liang pori mengecil) akibat tindakan Rosemary yang ada di dalamnya!
  • Kudzu pula akan menegang dan mencerahkan kulit.
  • Marshmallow (ini bukan makanan eh. ini sejenis tumbuhan. hu) pula akan melembapkan!
  • Paling penting, ia sangat berkesan!!
Ehem. Tu kalau tengok nama dia yang panjang pun dah tahu tujuan dia. Kenapa ia tak dinamakan toner sebab ia adalah Soothing (menenangkan kulit yang bermasalah) - Radiance (menyerikan wajah yang kusam tak bermaya) - Whitening (mencerahkan secara semulajadi. kulit yang muda lebih cerah berbanding kulit yang tua kerana pigmentasi dan pengoksidaan) - Softener (melembut dan menganjal struktur kulit). Haa.. nampak.. O.o

Ok. Ini ada 150ml. Boleh tahan 4 bulan jugak. Kalau anda jenis skip, memang setengah tahun laa bekalan ni. Jimat betul tak? Alah membeli menang memakai. Berkesan pun, berkesan.

3. Daily Defence Whitening Essense

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
Ini ialah satu cara yang membantu anda untuk mencapai tahap wajah bak 'porcelain'. *Ini Shaklee yang cakap tau - bila Shaklee yang claim, ini maksudnya mereka telah menjalankan trial dan ia memang terbukti berkesan!
  • Bearberry to mencerah dan menegang
  • Strawberry Begonia untuk mensekatakan warna kulit yang tak sekata akibat pigmentasi
  • Soybean untuk melembut dan mencegah tompokan minyak pada kulit
  • Mulberry untuk mencegah kulit rosak akibat pancaran UV
  • Vitamin C aktif di dalamnya berfungsi untuk memperbaiki kecerahan wajah serta mengembalikan seri wajah!
  • Ini penting, ia sangat lembut dan mempunyai molekul sangat halus yang amat mudah diserap kulit. Jadi takdelah kan kesan putih2 kat kulit atau meleleh bila kena matahari.. pheww~

4. Overnight Renewal Whitening Cream

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
  • Menyegar dan memberi nafas baru (rejuvenate) kepada sel kulit anda sepanjang malam
  • Linden (sejenis tumbuhan) memelihara dan menghidrat kulit sedari dalam
  • Scullcap mencerah dan menenangkan keradangan kulit (contohnya kulit yang kemerahan, sun burn, atau kekeringan)
  • Vitamin C Aktif menghilangkan noda dan mengembalikan kecerahan
  • Apa yang pasti, anda akan rasakan kulit wajah lebih lembut, licin, dan berseri sebaik bangun pada waktu pagi!
Satu jar ni 48 gram. Besar lebih kurang satu tapak tangan. Memang tahan lama la. 4 bulan jugak mengikut kiraan saya yang bersaiz biasa. Hehe. Jujur. Ia berbaloi-baloi. ^^


5. Ultimate Protection Whitening Lotion

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
 
 *Nama macam gempak je kan.. Ultimate. Huhh.

Baiklah. Ini khas untuk mereka yang benar-benar nak mencerahkan kulit atau kulitnya memang bermasalah. Jerawat vulgaris ke.. Kulit menipis akibat guna produk yang menghakis so bila kena matahari jadi pedih. Dan sebagainya.

Lotion ni dia ringan je (maksudnya tak rasa setompok macam sunblock tu). Ia mengandungi ekstrak botani seperti Mulberry yang berfungsi untuk halang kulit daripada rosak akibat pancaran matahari dan Mountain Arnica untuk meredakan keradangan serta membantu membina ketahanan kulit terhadap persekitaran.

6. Spot Whitening Treatment
Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah

Ini untuk menghilangkan tanda penuaan seperti bintik hitam secara intensif!
  • Memudarkan tampakan tompok bintik hitam (brown spot) akibat tanda penuaan agar wajah lebih cerah
  • Kuasa pencerahan melalui tumbuhan botani ini terhasil daripada kandungan optima derivatif Licorice dan Peony; kerana kedua-dua jenis tumbuhan ini mempunyai nilai yang sangat tinggi terhadap kebolehan mencerah, anti-radang (anti-inflammatory) dan melindung!
  • Cat’s Claw (sejenis tumbuhan!) menganjalkan kulit.
  • Vitamin C Aktif memberikan kecerahan, serta kulit yang lebih sekata dan halus.
Spot whitening treatment ni macam pen. Nampak tak tombol di sebelah kanan tu? Bila kita tekan, baru dia keluar sket. Sapukan saja kat tempat bermasalah, 2 kali sehari. Gunakan sikit saje. Hehe. 


7. Gentle Action Makeup Remover

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
Ini dianjurkan pada mereka yang menggunakan makeup yang agak tebal.
  • Ia akan menjadikan kulit anda lembut, halus dan berseri!
  • Beech Tree Buds dengan lembut tapi sekaligus membuang sel-sel kulit mati tanpa meninggalkan sedikit pun!
  • Aloe menyegar dan menegangkan kulit
  • Ringan, tak berminyak dan menyelesakan~



Untuk mencuba, anda digalakkan mencuba 4 unit pertama. Adapun yang lain, mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

Setakat ni, semua pelanggan saya yang menggunakan Nutriwhite series memang berpuas hati. Sebab ia adalah semulajadi, dan hanya menggunakan bahan tumbuhan yang kurang mengakibatkan reaksi alahan dan keradangan pada kulit. Paling utama, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Kalau anda dah cerah, ia akan mengekalkan kecerahan wajah anda. Ia tidak menghakis dan menipiskan kulit. Kami telah menggunakannya dan kami amat berpuas hati.



Jika anda ingin tahu lebih lanjut atau ingin mendapatkan pencerahan, hubungi:

019-4573667
Syarifah Radhiyah

InsyaAllah, saya akan bantu anda. :)


agak-agak lepas tu kulit saya boleh jadi macam ni tak ye.... ehekk.