5 Sept 2014

New Work Station - feeling motivated!!

Alkisah.. Berbulan jugaklah saya duk 'berzikir' tentang nak ada laptop yang besar dan mantap untuk majukan perniagaan Shaklee ni. Mana tidak nya, laptop yang ada tu halus sangat. Dan mungkin sebab dah 5 tahun berbakti semasa zaman universiti dulu, jadi dia agak lambat dan sangat menguji kesabaran saya. Tambah pulak, laptop kecik ni, memang tak boleh nak accommodate high load task macam edit gambar, poster, dan sewaktu dengannya. Nak update entry dan edit blog pun... lambat dan hang tahap dewata raya. Grrrr...

Nak beli baru, laptop kecik tu masih boleh dipakai. Jadi tak lah terbeli-beli.

Sampai akhirnya, adik ipar yang masih final year, laptop dia rosak. So, kita ambil peluang, offer dia pakai laptop tu. Simple task yang hanya guna word, power point, dengar lagu, tengok gambar, insyaAllah, masih boleh well function. Hehehe.

So, bila dah langsung takde laptop ni, memang confirm2 lah order Shaklee dari customer, register membership, update tugasan hakiki di pejabat, tak dapat nak dibuat.. terpaksa pulak berkejar ke office inche suwami.. adooiiii... masa!

Tak tahan. One shot action, pergi bank, keluarkan duit yang saya dah menabung bertahun (T_T nanges!!), ambil sebahagian, terus pergi ke Ai Taiping, survey laptop, mintak recommendation dealer, setuju, zassss! Printer sekali saya cekup. Ditemani cik abang dan cik baby. (tq soooo much!!)

Settle.

laptop baruuuu!!! wee~  (gambar hiasan jekk haha!)


Sesungguhnya, kalau kita nak berjaya dalam apa pun bidang yang nak diceburi - macam kalau saya ni, perniagaan Shaklee saya lah - memang akan ada sesuatu yang kita kena invest. Pelaburan dari segi kewangan, masa, tenaga dan buah fikiran. Pada saya, paling mahal ialah MASA. Kerana masa tak boleh nak restock atau rewind.

Paling penting.
MASA adalah NYAWA dan UMUR saya. *ok. ini akan diulas pada entry lain. hinshh.

Baiklah.
Sekarang saya lebih termotivasi!
Saya sememangnya Pengesar Bebas Shaklee yang serious. Tapi kali ini akan lebih serious!!!!
(tak senyum)

sebelum sampai ke puncak, pendakian itu nampaknya melelahkan. yang tak semua orang lihat apalagi mampu mengharunginya. namun saat melepasi puncak, ia tak lagi memerlukan daya tujahan. perjalanan itu menderum laju dan tak lagi terasa jerihnya. hanya sanya memerlukan konsentrasi dan istiqamah agar selamat sampai pada tujuan. ilaa mardhatillah.


Jemput menyertai anda yang berminat untuk menjadi anak didik saya dan ayuh, kita maju bersama!

pm / whatsapp
Syarifah Radhiyah 
019-4573667
aizsya.hh@gmail.com


atau isikan sahaja borang pendaftaran ahli.

Selamat Maju Jaya!  (^_^)