17 Nov 2014

Mengurat Suami, Memujuk Isteri (Part 1)

Panduan ini saya titipkan daripada perkongsian Tuan Ahmad Shafiai Uda Jaafar, seorang Penasihat di Kolej UNITI, Port Dickson melalui website Ikram Johor. Tertarik dengan nasihat yang diberi, saya nota kannya di sini agar boleh di ulang baca kemudian hari. Senyum.

Kata beliau, jika suami ingin menawan hati isterinya:

1. Semasa bercakap dengan isteri, pandanglah matanya sambil menyentuh mana-mana- anggota badannya kerana cara ini akan mengeratkan cintanya pada suami.

Mengurat Suami, Memujuk Isteri (Part 1)
2. Berkongsilah cerita di pejabat setelah seharian anda berada di sana, agar si isteri terasa dirinya disayangi kerana suaminya sanggup berkongsi cerita dengannya.

3. Apabila bercerita, pastikan tidak merendahkan martabatnya. Tidak menunjuk-nunjuk akan kehebatan diri anda kepadanya. Ini akan menyebabkan dia kecewa, bahkan merosakkan minatnya untuk mendengar lagi.

4. Apabila anda telah selesai bercerita, dengarkanlah pula ceritanya dan jangan komen hingga dia selesai bercerita. Ini menyebabkan dirinya rasa dihormati.

5. Sebelum menyudahkan perbualan, ungkapkanlah ucapan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan perasaan dengannya. Ini menyebabkan dia teruja untuk menunggu anda pulang dari kerja keesokkan harinya. 

6. Jika dapat melaksanakan kelima-lima perkara di atas, yakinlah bahawa persahabatan anda dengan isteri akan bertambah kukuh hingga ke akhir hayat. 


Bagaimana pula isteri, jika ingin 'rapat' dengan suaminya di rumah?
Okay.. ini akan di ulas pada sambungan akan datang.. :)
 
Mengurat Suami, Memujuk Isteri (Part 1)