“Adakah bayi aku dapat susu yang cukup?”
“Eh laa, dah tertidur? Betul ke dah kenyang menyusu ni?”
Maklum saja, kalau minum susu formula, kita boleh nampak sukatan volume pada senggat botol tu – 50ml.. 90ml.. 2oz..4oz..kan?
Sebenarnya, walaupun waktu kita mengepam susu tu, hasilnya tak banyak – kekadang 2oz je..atau separuh – itu bukan lah petunjuk susu badan kita sikit. Tetapi, kalau kita tengok pada lampin bayi tu dah ada najis kumbahan dia, dan basah disebabkan air kencing, itu menunjukkan anak kita menerima cukup susu. Dan, jika si comel kita membesar dengan kadar yang normal, tu memang membuktikan si dia cukup mendapat khasiat dari susu yang kita berikan. (seronok kan? legaa..)
Apa pun, beberapa tips mudah untuk perbanyakkan susu boleh kita lakukan untuk membantu proses penyusuan yang berjaya!
Sebelum Sesi Penyusuan / Mengepam
1. Makan makanan yang berkhasiat dan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Pengambilan diet yang berkhasiat membantu
meningkatkan kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan. Beberapa panduan
yang kita boleh amalkan ialah:
1.1 Ambil makanan yang ada sumber kalsium yang terbaik. Kalsium bantu tulang si manja untuk membesar dengan kuat dan sihat.
1.2 Jadikan sayuran hijau dan buah-buahan sebahagian besar diet kita. Sayuran hijau mengandungi phytoestrogens yang penting untuk penghasilan susu yang banyak. Sayur dan buah membekalkan serat dan kaya dengan pelbagai vitamins dan mineral. Yang penting ia akan terdapat dalam susu kita juga!
*Asparagus ada phytoestrogens dan tryptophan - ia adalah amino asid asas dalam pembentukan prolactin (hormon penting untuk hasilkan susu)
1.3 Makanlah karbohidrat kompleks seperti nasi, roti whole-grain dan kekacang sebab ia adalah sumber karbohidrat yang terbaik berbanding karbohidrat yang telah diproses seperti roti putih, pasta, dan snek.
1.4 Pilih protein yang kurang berlemak seperti daging yang tak berkulit, susu rendah lemak dan produk soya.
Kekadang teknik penyusuan yang salah – bayi tak latch pada nipple - boleh menyebabkan susu badan gagal terhasil. Biasanya JM akan ajarkan kita dan pantau ketika kita breastfeeding.
Atau, badan kita memang serious bermasalah untuk hasilkan susu. Dalam kes ni, doktor akan prescribekan ubat untuk kita atau menasihatkan kita untuk ambil supplement tertentu.
Selain boleh menyimpan stok EBM (expressed breast milk), mengepam pun boleh bantu hasilkan lebih banyak susu. Sebab, otak kita akan bertindak balas dengan konsep demand and supply - lagi banyak permintaan, lagi banyak bekalan!
Laburkan sikit duit, belilah mesin pam yang berkualiti. Sekurang-kurangnya, anda tak bosan menunggu lama untuk susu keluar..
*Memang kena bersungguh sikit lah ye.. Kalau kita rasa jemu dan bosan, fikirkanlah, takkan seawal usia kurang 6 bulan kita dah nak ambil lembu jadi ibu susuan anak kita.. huu.
Mengepam kedua-dua belah serentak (double pumping) bantu rangsang penghasilan susu lebih banyak!
Fitrah bayi memang dia nak selalu
menghisap. Perasan tak, kalau kita sua kan jari kita pun, dia akan
hisap. (comel!) Hisapan ni lah perangsang terbaik untuk hasilkan susu
badan. Jadi, untuk pastikan sucking needs diorang ni dioptimumkan, jangan sia-siakan fitrah yang Allah dan kurniakan tu dengan memberi puting tiruan dan botol susu.
1. Relaks
Stress ketika menyusukan bayi
atau mengepam boleh mengurangkan produksi susu. Susu ni kan rezeki.. dan
memang tercipta untuk diberi dengan kasih sayang. Hasilkan mood tenang
bila nak menyusukan / mengepam. Contohnya, fikirkan perkara yang indah
bersama keluarga, lihat si comel kita yang mulus kudus tanpa dosa, atau,
dengarlah muzik yang tenang dan santai. Eloknya kita berzikir atau
mendengar al-quran bagi yang muslim.
Semakin kerap si dia menyusu, semakin banyak susu terhasil. Sekurangnya 8kali sehari (setiap 3jam). Lebih, lebih baik.
Ketika menyusu, untuk si bayi, anda boleh
cuba biarkan dia tanpa pakaian (hanya diaper) sambil balutkan selimut di
belakang badannya untuk elakkan sejuk. Dan untuk para ibu, pakailah
pakaian yang berbutang hadapan, agar anda boleh membukanya dan
mewujudkan sentuhan kulit anda dengan kulit si bayi. (damainya!)
Ini untuk bantu kedua-dua belah payudara kita tahu untuk hasilkan susu. Mungkin ada segelintir ibu yang complain bayi mereka suka sebelah saja. Untuk isu macam ni, anda boleh pam yang sebelah lagi. Ok?
Adakan satu masa (contohnya di hujung
minggu) untuk anda dan bayi berdua bersama-sama dan biarkan dia bersama
dengan ‘makanan kegemaran’ dia seharian. Waktu ni, cuba lah ‘bercuti’
sekejap dari jadual harian anda seperti memasak dan mengemas. This is just about you and your newborns. Alaa.. senang biasanya ia boleh dipraktik waktu dalam berpantang.
Silakan untuk hubungi saya bagi sebarang pertanyaan berkenaan set penyusuan dan lain-lain produk Shaklee.
Syarifah Radhiyah +60194573667
Like di FBpage Aizsya Health House
Email di aizsya.hh@gmail.com





