20 Feb 2014

Adakah Produk Shaklee Halal?

Alhamdulillah.
Tahniah kerana anda adalah orang yang mementingkan status halal sesuatu produk sebelum anda mengambilnya. Betul. Ia amat penting kerana seseorang itu terbentuk daripada hasil yang dimakannya. Jika makanan itu halal (dari segi cara mendapatkan dan bahan pembuatannya)dan thoiyyibah (suci bahannya dan juga baik untuk kesihatan), maka itulah sebaik-baik makanan.

Majoriti produk Shaklee ialah supplement (makanan tambahan) sebagai pelengkap nutrisi harian kita. Ia dihasilkan dengan tujuan yang baik (untuk kesihatan), maka Alhamdulillah, ia juga diperbuat dari sumber dan cara pembuatan yang disahkan halal.

Di bawah ini ialah Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014.

Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014
Berita gembira, bukan?
Senyum dan syukur.

Sudahlah Shaklee adalah jenama supplement terhebat dunia dari aspek farmaseutikal, ia disahkan halal pula. Lega!