23 Jan 2014

Mudahnya bersihkan kotoran degil dengan Basic H2 Shaklee!


Saya tak pernah cuba sebelum ni. Biasanya hanya gunakan cecair Basic H2 untuk mencuci lantai tandas dan mop lantai rumah. Memang hasilnya, lantai rumah kilat macam cermin. Baunya pun wangi tak wangi sangat. Sedang elok je.



Jadi pagi ni, saya tergerak hati nak tonyoh Basic H2 sikit kat atas pakaian saya yang terkena kotoran yang dah berjam-jam lamanya dan dah kering pun kat pakaian saya.

Hanya setitis. Hasilnya, tak sampai 10 saat, kotoran tu hilang serta merta! Saaaanggat kagumm! Dan ia lembut pada tangan. Seronok kan?

Basic H2 nampaknya memang berkesan untuk proses pembersihan pelbagai. Dari kotoran minyak, darah, tanah, dan apa saja! Dan ia sesuai untuk lantai, perkakas rumah, tingkap, kereta, karpet, dan pelbagai lagi. Malahan boleh digunakan untuk mandian (mengikut panduan cara yang betul ye) bagi pesakit eczema, pruritus, dan kayap.

Tertanya-tanya kenapa Basic H2 Shaklee begitu hebat? Pada pengamatan saya, hydrogen yang terdapat dalam cecair ini adalah bahan organic dan, tahu kan, hydrogen adalah elemen yang sangat asas dalam setiap bahan. Jadi, tak hairanlah mengapa ia begitu selamat dan mesra alam!

Ayuh bersih dengan Basic H2!

Untuk sebarang pertanyaan, silakan hubungi saya di:

Syarifah Radhiyah | 019-4573667

atau,

add saya di FBpage | Aizsya Health House

Continue Reading

Kulit Cerah Berseri dengan ESP Shaklee





Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee ni, mengandungi protein dari sumber soya yang tak dimodifikasi langsung genetik nya. Dengan kata lain, ia memang selamat. InsyaAllah.

Disebabkan badan kita hanya boleh menghasilkan sesetengah unsur protein sahaja (non-essential), jadi unsur protein yang lain (essential) diperlukan dari luar. ESP membekalkan essential protein ini. Itulah sebabnya kenapa ESP mampu menyempurnakan keperluan protein harian kita.

Bila protein lengkap terdapat dalam badan, sel-sel pun lebih terdorong lah untuk berfungsi secara sempurna dan membaikpulih mana-mana sel yang rosak.

Kulit yang kusam dan gelap, terjadi apabila pengoksidaan berlaku akibat terdedah pada UV yang mengakibatkan terhasilnya melanin (memberikan warna gelap pada kulit) dan proses penuaan.

Apabila sel kulit kita sihat dan mampu berfungsi dengan baik, ia akan memberikan kesan keremajaan pada kulit. Maka dengan ini, kulit kembali cerah dan berseri. Masalah jerawat dan jeragat pun berkurangan. Apalagi warna kulit yang tak sekata dan berminyak.

ESP Shaklee adalah makanan tambahan sebagai pelengkap pada diet harian anda. Kesannya mungkin tak akan nampak serta-merta. Bagi saya, 1 bulan saja dah nampak kesan - jerawat berkurangan dan tinggal parutnya saja. Untuk kesan lebih baik dan kesihatan tubuh yang berpanjangan, ESP selamat diambil setiap hari. Kajian juga telah dibuat, dan ia sememangnya selamat untuk diambil sepanjang hayat! Seperti anda mengambil chocolate drinks atau susu dari bayi sehingga tua. Senyum dan yakin.
Continue Reading