23 Jan 2014

Kulit Cerah Berseri dengan ESP Shaklee





Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee ni, mengandungi protein dari sumber soya yang tak dimodifikasi langsung genetik nya. Dengan kata lain, ia memang selamat. InsyaAllah.

Disebabkan badan kita hanya boleh menghasilkan sesetengah unsur protein sahaja (non-essential), jadi unsur protein yang lain (essential) diperlukan dari luar. ESP membekalkan essential protein ini. Itulah sebabnya kenapa ESP mampu menyempurnakan keperluan protein harian kita.

Bila protein lengkap terdapat dalam badan, sel-sel pun lebih terdorong lah untuk berfungsi secara sempurna dan membaikpulih mana-mana sel yang rosak.

Kulit yang kusam dan gelap, terjadi apabila pengoksidaan berlaku akibat terdedah pada UV yang mengakibatkan terhasilnya melanin (memberikan warna gelap pada kulit) dan proses penuaan.

Apabila sel kulit kita sihat dan mampu berfungsi dengan baik, ia akan memberikan kesan keremajaan pada kulit. Maka dengan ini, kulit kembali cerah dan berseri. Masalah jerawat dan jeragat pun berkurangan. Apalagi warna kulit yang tak sekata dan berminyak.

ESP Shaklee adalah makanan tambahan sebagai pelengkap pada diet harian anda. Kesannya mungkin tak akan nampak serta-merta. Bagi saya, 1 bulan saja dah nampak kesan - jerawat berkurangan dan tinggal parutnya saja. Untuk kesan lebih baik dan kesihatan tubuh yang berpanjangan, ESP selamat diambil setiap hari. Kajian juga telah dibuat, dan ia sememangnya selamat untuk diambil sepanjang hayat! Seperti anda mengambil chocolate drinks atau susu dari bayi sehingga tua. Senyum dan yakin.