30 Oct 2014

7 Kebaikan Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu

Vitamin C atau ascorbic acid adalah antara vitamin paling glamour. Kanak-kanak pun dah tahu vitamin C tu apa. Vitamin C selalu dikaitkan dengan sistem ketahanan badan untuk melawan penyakit, dan juga sebagai anti-oksidan. Tapi, tahukah anda? Sebenarnya vitamin C jauh lebih bermanfaat daripada faedah yang kita biasa tahu.

7 Kebaikan Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu


Manfaat Utama Vitamin C:

1. Membentuk kolagen : vitamin C merangsang pembentukan kolagen. Kolagen bukan hanya ada pada kulit! Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Pernah tengok flabby di bawah lengan?

7 Kebaikan Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu
lemak berlebihan + otot lembik
2. Memperbaiki tanda-tanda pendarahan : kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam pada kulit, lambat pulih daripada cedera, kulit kering, ruam dan kasar.

7 Kebaikan Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu
3. Meningkatkan sistem imunisasi : Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, serta membantu memperbaiki keadaan asthma. Vitamin C juga membantu memendekkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptoms flu dan selesema.

4. Memerangi kanser : vitamin C adalah satu-sastunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikan bebas sebelum ia menyerang sel-sel tubuh kita.

5. Mencantikkan kulit : ambil vitamin C setiap hari dengan kadar yang cukup, ia akan membantu kulit menjadi lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. Barulah kulit jadi flawless!

7 Kebaikan Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu


6. Memperbaiki insomnia :  Vitamin C juga memperbaiki masalah susah tidur, stress akibat masalah berkaitan mental seperti keresahan dan depresi.

7. Mengekalkan kolesterol sihat : Vitamin C yang bersifat anti-oksidant mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan struktur kapilari darah yang sihat, menghindarkan atheroschlerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

7 Kebaikan Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu


Wajib Anda Tahu!!

1. 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C di dalam tubuh
2. Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
3. Kontraseptif (pil perangcang) dan ubat tahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak
4. Terlebih dos vitamin C (melebihi 12kapsul / 6000mg) akan menyebabkan cirit-birit.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee Berbanding Jenama Lain

Sains pembebasan berterusan (sustained release) secara semulajadi vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap 1 tablet vitamin C Shaklee (500mg) menyamai dengan 7.5 hidangan buah oren bersama kulitnya. Dan, daripada 7.5 hidangan tu, setiap 1.5 hidangan vitamin C akan dibebaskan ke dalam tubuh setiap 1 jam. Jadi, ia adalah seperti anda mengambil 1.5 biji buah oren bersama kulitnya setiap jam. Ujian klinikal pula telah membuktikan, sekiranya anda mengambil 2 tablet vitamin C Shaklee ini dalam jurang masa 5 jam, vitamin C tersebut mampu kekal di dalam plasma darah selama 24 jam! Ini bermakna tubuh kita sentiasa ada vitamin C. Itulah mengapa pentingnya teknologi sustained release tersebut. Apalagi ia dihasilkan secara semulajadi!

7 Kebaikan Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu



Vitamin C Shaklee mengandungi bioflavonoid yang mana 25% diekstrak dari kulit buah. Flavonoid ini mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang jangkitan bakteria dan radikal bebas.

Walaupun vitamin C selalu dibayangkan dengan warna oren dan buah oren, vitamin C Shaklee berwarna krim dihasilkan daripada ekstrak jagung yang membekalkan kandungan ascorbic acid yang pekat. Dan ia juga tiada pewarna atau perasa tiruan. Vitamin C Shaklee selamat diambil oleh orang gastrik. 

Selain itu, harga Vitamin C Shaklee Sustained Release lebih murah daripada jenama yang kualitinya hampir sama.

AW Bio C Plus 250mg : RM83 / 50 tablet = RM1.66/tablet
Kordel's Ester C 500mg : RM49.90 / 60 tablet = RM0.83/tablet
Blackmore's Vitamin C 500mg : RM29 / 60 tablet = RM0.50/tablet
Shaklee Vita C SR Plus 500mg : RM92.50 / 180 tablet = RM0.51/tablet

Ini bermakna, untuk 1 bulan, anda hanya membelanjakan RM15.40 untuk mendapatkan segala kebaikan vitamin C yang pastinya nikmat kesihatan itu tidak ternilai.

Hubungi saya melalui mana-mana cara berikut untuk tempahan atau pertanyaan. Konsultasi pengambilan dan tips akan diberikan secara percuma bersama dengan pembelian. Malah, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi sepanjang anda menggunakan Shaklee.

Syarifah Radhiyah | 019-4573667
Email | aizsya.hh@gmail.com
Facebook | Syarifah Radhiyah
Page | MahuSihat





Continue Reading

24 Oct 2014

Kisah Ibu Menyusu Sangat Berpuas Hati ESP Shaklee Jadi Minuman Wajib

Panjangnya tajuk.. Alhamdulillah. Saya dah berpuluh kali kongsikan kisah ni. Tapi kali ni baru nak masukkan dalan entri. Agar semua pembaca yang tak jumpa saya secara langsung pun dapat ambil manfaat.

Bermula selepas bersalin, saya amalkan ESP suam setiap kali sarapan pagi dan minum petang. Suam. Yela.. berpantang kan. Kemudian, sebab tersangat berpuas hati dan kagum dengan hasilnya, saya teruskan pengambilan ESP Shaklee sehingga kini (kira-kira dah 14 bulan).


Kisah Ibu Menyusu Sangat Berpuas Hati ESP Shaklee Jadi Minuman Wajib
ESP Shaklee minuman terbaik yang menyihatkan

Mengapa saya tersangat berpuas hati??
Sebab, hari-hari pertama saya lahirkan anak saya, 'Aizsy, saya dapati dia kerap minum susu. Dan tempohnya terlalu lama. 1jam hingga 1jam setengah. Letih. 
Kisah Ibu Menyusu Sangat Berpuas Hati ESP Shaklee Jadi Minuman Wajib


Rupa-rupanya, susu tak mahu keluar! Frust juga masa tu sebab 'Aizsy tak boleh tidur dan asyik menangis. Mak dah paksa untuk bagi susu formula. Saya berkeras tak mahu. Jadi berikan air madu buat sementara.  Mujur kakak balik kampung.  Dia susukan sekali dua. Dan sementara tu, suami bawa saya jumpa bidan untuk berurut.

Alhamdulillah. Lepas tu, susu lancar keluar. Walaupun bila pam hanya 0.5oz yang keluar,  itu amat berharga buat saya. Bila malam, saya akan menyusukan 'Aizsy dan kemudian top up dengan susu yang telah dipam. Supaya lebih cepat dia kenyang. 

Bayi dalam hari ni selalunya belum dapat sesuaikan diri dengan waktu di dunia ni. Bila siang dia tidur, malam dia berjaga. Haii.. siapa kata tak penat? Tapi bila dah jadi ibu, digagahkan juga melayan dia. Dukung ke sana ke mari. Berpantang sendiri.  Suami jauh. Rezekinya begitu, syukur aje lah. :)

Diam tak diam. Lepas seminggu saja, keadaan beransur pulih. Air susu semakin banyak. Badan pun tiada sakit2 belakang. Sentiasa cergas bertenaga. Hampir saja nak lupa yang kita masih dalam tempoh berpantang. Jadi, bila kena marah tu, kena lah slow down semua. Betul juga nasihat orang tua. Badan nak pakai lama. Kalau tak jaga dari awal, kesannya bukan nampak sekarang, sakit tu akan datang kemudian bila usia dah meningkat. 

ESP Shaklee bagi saya amat membantu dalam proses pemulihan rahim, luka jahitan bersalin, merangsang penghasilan susu,  dan juga bonus bagi saya, dan ini memang di tegur oleh ramai orang - "waah.. licin dah muka! takde jerawat dah eh.. makan ape?" "camne kau boleh makin cerah ni?" "perggh..slim betul sekarang. dulu bulat!"

Haa... ESP Shaklee bukan sahaja membantu saya dalam dunia keibuan, ia juga turut membantu menyelesaikan masalah kulit saya yang tak pernah selesai sejak saya remaja. Muka berjerawat dan berparut macam bulan sekarang dah makin baik!

Habis cuti bersalin (90hari), saya dapat kumpulkan 70 botol 4-5oz EBM untuk anak saya. Dan semasa mengepam di tempat kerja, saya sering berhasil mengumpulkan 4 botol 5-6oz untuk dibawa pulang. Alhamdulillah. Tak putus doa mohon Allah murahkan rezeki buat anak saya dan Allah izinkan saya menyusukan anak saya hingga cukup 2 tahun. Sebab saya tahu betapa kelebihan air susu ibu dan penyusuan itu sendiri. Anda juga tahu, kan?
Kisah Ibu Menyusu Sangat Berpuas Hati ESP Shaklee Jadi Minuman Wajib
Hasil tuaian semasa berpantang. Susu lebih pekat dan banyak.

Di samping pemakanan yang sihat - saya masukkan bersama Set Penyusuan Shaklee, pengambilan air yang cukup, serta memenuhi konsep demand and supply, Alhamdulillah,  saya dapat merealisasikan impian untuk memberikan penyusuan eksklusif untuk anak saya. Satu lagi, kita perlu ada keazaman dan cekal. Sebab, taklah Allah sebutkan tentang kelebihan ibu yang menyusukan bayinya, jika bukan proses itu pasti ada cabaran dan kepayahan nya tersendiri. Yang hanya seorang ibu yang menyusukan bayi nya sahaja mengerti. 


Kisah Ibu Menyusu Sangat Berpuas Hati ESP Shaklee Jadi Minuman Wajib
bayi yang disusukan dengan susu ibu kebiasaannya lebih tegap dan tak mudah dijangkiti penyakit

Jika anda tiada masalah dalam proses penyusuan anda, anda mungkin tak dapat mengerti tentang kesukaran untuk menghasilkan air susu ibu. Betapa ramai yang mahu menyusukan bayi mereka tetapi mereka tidak mampu. Namun, ada juga yang yang mampu tetapi tidak sanggup melalui cabarannya; Nak kena belajar handle EBM, nak kena ajar pengasuh, lepas tu nak kena cari masa mengepam, dan baaanyak lagi kena lalui. Saya sendiri cukup tabik spring bagi ibu-ibu di luar sana yang sanggup memilih untuk menyusukan bayi mereka hingga cukup 2 tahun. Lagi-lagi ibu bekerjaya. Anda memang super!!!! 

Sebagai seorang ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif,  saya sangat menyarankan untuk anda, cubalah ESP Shaklee untuk bantu penyusuan anda. Kerana, ia membantu anda menyempurnakan keperluan zat harian. Maka, susu akan lebih mudah dihasilkan dan komposisi nya lebih pekat dan berkhasiat. ESP Shaklee termasuk dalam Set Penyusuan 3M (ESP, VitaLea, BComplex, Sustained Release Vitamin C,  Alfalfa, Ostematrix) dan Triple Milk Booster (ESP, Ostematrix,  Alfalfa).

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan ya.Konsultasi akan diberikan secara percuma sepanjang menggunakan Shaklee.

0194573667 | Syarifah Radhiyah
Atau emailkan ke:
aizsya.hh@gmail.com
Jemput like ke FBpage kami:
Mahu Sihat
Continue Reading

23 Oct 2014

Shaklee Omega Guard Supplement IQ Terbaik

Assalamualaikum. Selamat sejahtera semua..

Zaman serba moden sekarang ni, seseorang individu itu perlua cemerlang dari segi IQ, EQ, dan SQ. Intelligent. Emotional. Spiritual. Untuk emosi dan spiritual tu, ia lebih menekankan kepada aspek kerohanian dan persekitaran. Manakala untuk intelektual, ia memerlukan bantuan pembinaan minda dari dalaman dan pembelajaran dari sekeliling.

zaman kanak-kanak adalah usia yang paling banyak dan cepat otak menerima pelajaran baru.

Kita biasa tahu, DHA dan EPA adalah sejenis asid (molekul) yang merupakan unsur utama kepada perkembangan saraf dalam otak. Biasa kan tengok dalam iklan TV? Dan, apa yang kita perlu tahu ialah, bila kita belajar, saraf ni akan bersambung, bersambung, bersambung untuk mengaktifkan kawasan lain di dalam otak kita. Bila kita tak mengulangkaji, atau telah lama meniggalkan sesuatu pembelajaran tu, saraf yang bersambung tu menjadi tak aktif lalu ia boleh terputus kembali. Itu lah jadi nya lupa dan hilang dari ingatan. Orang yang kuat ingatan, saraf dalam otaknya kekal aktif. Elbert Einstein (dikatakan manusia paling bijak) ialah manusia yang didapati paling menggunakan sel-sel otak nya.

Jadi, apa yang menyebabkan saraf itu kekal kuat bersambung dan kekal aktif? Itulah pentingnya DHA dan EPA.


DHA dan EPA ialah sejenis asid lemak omega-3. Omega-3 ni pun selalu dengar dan tengok kan? Kat telur ayam la. Kat margerin la. Semua claim ada omega-3. Cuma yang kita belum pasti ialah, sejauh mana ketulenan omega itu, dan sebagus mana ia boleh diserap ke dalam tubuh dan memberikan kesan yang kita mahukan.

Shaklee telah menghasilkan suatu produk omega yang dinamakan Omega Guard. Omega Guard ini dihasilkan melalui proses ultratulen dan bergred farmaseutikal - iaitu penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan. Jadi, omega yang anda ambil adalah selamat dan semulajadi!

Kajian mendapati DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Semua ini penting bukan, untuk fungsi kebijaksanaan? Otak yang menyimpan maklumat, sistem saraf yang penting untuk kepekaan dan jaringan memori, serta retina untuk penglihatan. Pengambilan diet tinggi DHA amat penting terutama semasa 3 bulan terakhir kandungan kerana pada saat ini perkembangan otak janin sedang pesat berlaku. Susu ibu yang mengandungi kandungan tinggi DHA juga akan membantu dalam perkembangan otak bayi. Anda pernah dengar kan, tentang kajian mendapati bayi yang menyusu badan didapati lebih tinggi IQ nya?

Kajian juga mendapati bahawa pengambilan omega yang tinggi kandungan DHA ini mampu meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, serta mencegah migrain! Sememangnya tepat, omega-3 yang tinggi kandungan DHA serta EPA sangat bagus untuk para pelajar serta warga semua lapisan masyarakat. Kapsul omega ini juga selamat dikunyah untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun.

Omega Guard Shaklee sangat bagus untuk peningkatan kecerdasan minda dan IQ.

Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi saya dengan mana-mana cara berikut ya. Konsultasi sepanjang penggunaan Shaklee adalah percuma. Khas untuk pelanggan saya sahaja.

Call / whatsapp / telegram / sms :  019-4573667

Add saya dan private message di Facebook : Syarifah Radhiyah

Like FBpage : Mahu Sihat

Emel kan pertanyaan ke : aizsya.hh@gmail.com



Continue Reading

19 Oct 2014

Tambah Susu Badan Dengan Set Penyusuan Shaklee

Kita semua maklum susu ibu adalah yang terbaik bagi bayi di bawah usia 2 tahun. Tak dinafikan, majoriti ibu di dunia ini semahunya ingin menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Taknak bagi lembu atau kambing jadi 'mak' susuan tak rasmi. Sebab, susu ibu mengandungi segala keperluan yang sangat 'just nice' untuk bayi; baik dari segi nutrisi (protein, lemak, karbohidrat, mineral), antibodi, dan struktur molekul air susu ibu itu sendiri. Bagi penyusuan langsung (direct breastfeeding), suhu dan kadar steriliti air susu ibu itu adalah di tahap optima. Subhanallah. Hebat kan ciptaan Tuhan? 

Nah. Bila si ibu mula menghadapi stress harian. Boleh jadi kerana keletihan anak meragam di waktu malam. Atau bekerja teruk di siang hari. Jadual mengepam di tempat kerja yang tak menentu (kadang2 dapat pam. kadang2 tak sempat). Mungkin juga kerana urusan rumahtangga seharian yang sangat melelahkan. Ibu tak mungkin dapat menikmati menu diet yang seimbang dan penuh khasiat. Pengambilan air juga barangkali tak cukup minima 2L.  Hal-hal sedemikian boleh menyebabkan penghasilan air susu ibu merudum. Apalagi jika si ibu mula merasa tertekan dan bimbang. Ini benar-benar merisaukan.

Bagaimana Set Penyusuan Shaklee Boleh Membantu Menambah Susu Badan?

Rangkaian produk jenama Shaklee ini memang begitu tersohor dalam kalangan para ibu mengandung dan menyusukan bayi. Ini pastinya kerana ia amat terbukti berkesan dan selamat. Bukan rekaan atau pendoktrinisasi. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Ewaah. :)

Set-set Penyusuan Shaklee dan Testimoni Pengguna

Kombinasi-kombinasi dalam beberapa set penyusuan Shaklee ini adalah berdasarkan keperluan seorang ibu yang menyusukan bayi selain daripada faktor pemilihan mengikut budget anda.

Apapun, pengambilan diet yang berkhasiat serta air yang cukup amat penting untuk membantu menambah susu badan. Supplement Shaklee ini membantu mencukupkan keperluan zat harian para ibu. Dan, ia berkesan kerana setiap tablet yang anda ambil adalah mudah diserap tubuh. 





PM saya terus di 0194573667 | Syarifah Radhiyah untuk maklumat lanjut dan tempahan. Konsultasi akan diberikan secara percuma.  Happy breastfeeding!! ^^

Continue Reading