24 Oct 2014

Kisah Ibu Menyusu Sangat Berpuas Hati ESP Shaklee Jadi Minuman Wajib

Panjangnya tajuk.. Alhamdulillah. Saya dah berpuluh kali kongsikan kisah ni. Tapi kali ni baru nak masukkan dalan entri. Agar semua pembaca yang tak jumpa saya secara langsung pun dapat ambil manfaat.

Bermula selepas bersalin, saya amalkan ESP suam setiap kali sarapan pagi dan minum petang. Suam. Yela.. berpantang kan. Kemudian, sebab tersangat berpuas hati dan kagum dengan hasilnya, saya teruskan pengambilan ESP Shaklee sehingga kini (kira-kira dah 14 bulan).


Kisah Ibu Menyusu Sangat Berpuas Hati ESP Shaklee Jadi Minuman Wajib
ESP Shaklee minuman terbaik yang menyihatkan

Mengapa saya tersangat berpuas hati??
Sebab, hari-hari pertama saya lahirkan anak saya, 'Aizsy, saya dapati dia kerap minum susu. Dan tempohnya terlalu lama. 1jam hingga 1jam setengah. Letih. 
Kisah Ibu Menyusu Sangat Berpuas Hati ESP Shaklee Jadi Minuman Wajib


Rupa-rupanya, susu tak mahu keluar! Frust juga masa tu sebab 'Aizsy tak boleh tidur dan asyik menangis. Mak dah paksa untuk bagi susu formula. Saya berkeras tak mahu. Jadi berikan air madu buat sementara.  Mujur kakak balik kampung.  Dia susukan sekali dua. Dan sementara tu, suami bawa saya jumpa bidan untuk berurut.

Alhamdulillah. Lepas tu, susu lancar keluar. Walaupun bila pam hanya 0.5oz yang keluar,  itu amat berharga buat saya. Bila malam, saya akan menyusukan 'Aizsy dan kemudian top up dengan susu yang telah dipam. Supaya lebih cepat dia kenyang. 

Bayi dalam hari ni selalunya belum dapat sesuaikan diri dengan waktu di dunia ni. Bila siang dia tidur, malam dia berjaga. Haii.. siapa kata tak penat? Tapi bila dah jadi ibu, digagahkan juga melayan dia. Dukung ke sana ke mari. Berpantang sendiri.  Suami jauh. Rezekinya begitu, syukur aje lah. :)

Diam tak diam. Lepas seminggu saja, keadaan beransur pulih. Air susu semakin banyak. Badan pun tiada sakit2 belakang. Sentiasa cergas bertenaga. Hampir saja nak lupa yang kita masih dalam tempoh berpantang. Jadi, bila kena marah tu, kena lah slow down semua. Betul juga nasihat orang tua. Badan nak pakai lama. Kalau tak jaga dari awal, kesannya bukan nampak sekarang, sakit tu akan datang kemudian bila usia dah meningkat. 

ESP Shaklee bagi saya amat membantu dalam proses pemulihan rahim, luka jahitan bersalin, merangsang penghasilan susu,  dan juga bonus bagi saya, dan ini memang di tegur oleh ramai orang - "waah.. licin dah muka! takde jerawat dah eh.. makan ape?" "camne kau boleh makin cerah ni?" "perggh..slim betul sekarang. dulu bulat!"

Haa... ESP Shaklee bukan sahaja membantu saya dalam dunia keibuan, ia juga turut membantu menyelesaikan masalah kulit saya yang tak pernah selesai sejak saya remaja. Muka berjerawat dan berparut macam bulan sekarang dah makin baik!

Habis cuti bersalin (90hari), saya dapat kumpulkan 70 botol 4-5oz EBM untuk anak saya. Dan semasa mengepam di tempat kerja, saya sering berhasil mengumpulkan 4 botol 5-6oz untuk dibawa pulang. Alhamdulillah. Tak putus doa mohon Allah murahkan rezeki buat anak saya dan Allah izinkan saya menyusukan anak saya hingga cukup 2 tahun. Sebab saya tahu betapa kelebihan air susu ibu dan penyusuan itu sendiri. Anda juga tahu, kan?
Kisah Ibu Menyusu Sangat Berpuas Hati ESP Shaklee Jadi Minuman Wajib
Hasil tuaian semasa berpantang. Susu lebih pekat dan banyak.

Di samping pemakanan yang sihat - saya masukkan bersama Set Penyusuan Shaklee, pengambilan air yang cukup, serta memenuhi konsep demand and supply, Alhamdulillah,  saya dapat merealisasikan impian untuk memberikan penyusuan eksklusif untuk anak saya. Satu lagi, kita perlu ada keazaman dan cekal. Sebab, taklah Allah sebutkan tentang kelebihan ibu yang menyusukan bayinya, jika bukan proses itu pasti ada cabaran dan kepayahan nya tersendiri. Yang hanya seorang ibu yang menyusukan bayi nya sahaja mengerti. 


Kisah Ibu Menyusu Sangat Berpuas Hati ESP Shaklee Jadi Minuman Wajib
bayi yang disusukan dengan susu ibu kebiasaannya lebih tegap dan tak mudah dijangkiti penyakit

Jika anda tiada masalah dalam proses penyusuan anda, anda mungkin tak dapat mengerti tentang kesukaran untuk menghasilkan air susu ibu. Betapa ramai yang mahu menyusukan bayi mereka tetapi mereka tidak mampu. Namun, ada juga yang yang mampu tetapi tidak sanggup melalui cabarannya; Nak kena belajar handle EBM, nak kena ajar pengasuh, lepas tu nak kena cari masa mengepam, dan baaanyak lagi kena lalui. Saya sendiri cukup tabik spring bagi ibu-ibu di luar sana yang sanggup memilih untuk menyusukan bayi mereka hingga cukup 2 tahun. Lagi-lagi ibu bekerjaya. Anda memang super!!!! 

Sebagai seorang ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif,  saya sangat menyarankan untuk anda, cubalah ESP Shaklee untuk bantu penyusuan anda. Kerana, ia membantu anda menyempurnakan keperluan zat harian. Maka, susu akan lebih mudah dihasilkan dan komposisi nya lebih pekat dan berkhasiat. ESP Shaklee termasuk dalam Set Penyusuan 3M (ESP, VitaLea, BComplex, Sustained Release Vitamin C,  Alfalfa, Ostematrix) dan Triple Milk Booster (ESP, Ostematrix,  Alfalfa).

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan ya.Konsultasi akan diberikan secara percuma sepanjang menggunakan Shaklee.

0194573667 | Syarifah Radhiyah
Atau emailkan ke:
aizsya.hh@gmail.com
Jemput like ke FBpage kami:
Mahu Sihat