29 Sept 2014

Tips Menguruskan Baki Susu Ibu / Expressed Breast Milk (EBM) Yang Telah Diminum Bayi

Bayi anda mungkin takkan mampu menghabiskan 4 - 5 oz sekaligus. Lalu, apa yang boleh dilakukan dengan baki susu yang tidak diminum tersebut? Mungkin masih berbaki 1 - 2 oz. Atau setengah oz. Bagi para ibu yang meneruskan penyusuan ibu secara penuh selepas kembali bekerja, sesungguhnya setiap titisan susu yang diperah itu amat berharga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mungkin penghasilan susunya merudum samada akibat penat / stress kerja atau ter'skip' masa untuk mengepam. 

Tips Menguruskan Baki Susu Ibu / Expressed Breast Milk (EBM) Yang Telah Diminum Bayi
terdapat pelbagai warna susu ibu dan kandungan bakteria yang hadir di dalamnya berbeza bergantung kebersihan semasa penyediaan expressed breast milk (EBM) tersebut. jadi para ibu, jangan lupa hyegiene tangan dan alatan!!


Ilmu dan tips menguruskan baki susu ibu / Expressed Breast Milk (EBM) yang telah diminum bayi sangat penting untuk semua para ibu / pengasuh tahu. Tanpa ilmu, sememangnya susu yang diperah penuh kasih sayang dan pengorbanan tersebut akan terbuang lalu terbazir begitu saja. Dan ia pasti, sangat menyiat hati si ibu. *nanges laju-laju T_T

Adakah baki susu ibu boleh digunakan semula? 

Ia mungkin selamat untuk menggunakan semula baki susu yang telah diminum bayi. Kerana semasa bayi minum, air liur bayi akan mengena pada susu dan ini menyebabkan bilangan bakteria dalam susu akan meningkat. Jika bayi anda pramatang, bayi anda mungkin tak boleh 'tolerate' dengan kehadiran bakteria tersebut walaupun dalam julat normal.

Buat masa ini belum ada lagi study yang extensive untuk isu ini. Namun, ada beberapa pendapat yang kita boleh ambil guna:

Tips Menguruskan Baki Susu Ibu / Expressed Breast Milk (EBM) Yang Telah Diminum Bayi
susu ibu biasanya di simpan dalam amaun 5 oz (amaun yang kecil untuk mengelakkan pembaziran)
  1. Susu ibu berbeza dengan susu formula. Susu ibu mengandungi 'bacteria-fighting power' yang tiada pada susu formula. Dan kandungannya akan semakin berkurang pada susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk, dan semakin berkurang jika semakin lama disejuk beku. Namun ia tetap lebih baik berbanding susu formula. Bakteria pula akan bertumbuh lebih lambat di dalam susu ibu berbanding susu formula. Terdapat para ibu yang menyimpan baki susu yang telah diminum untuk jangka masa lebih 2 jam (sehingga 24 - 48 jam) untuk diberikan semula kepada bayi mereka, tanpa sebarang masalah. *aksi ini tidak boleh dicontohi untuk bayi pramatang. 
  2. Baki susu ibu yang telah diminum bayi boleh digunakan semula bergantung beberapa faktor
    • Kebersihan sewaktu penyediaan ( kebersihan tangan, alatan mengepam, botol yang disteril / dicuci dengan air suam bersabun ) 
    • Jangka hayat susu ibu sebelum ia digunakan (susu ibu fresh lebih mampu bertahan lama berbanding susu ibu yang telah lama disimpan dalam sejuk beku) - kerana faktor 'bacteria-fighting power' tadi.
    • Keadaan bayi anda - sihat atau pramatang. Bayi pramatang hanya boleh diberikan susu ibu yang belum digunakan.
  3. Jangka masa susu dicairkan dan suhu sekeliling juga mempengaruhi keadaan susu tersebut. Sesetengah para ibu menyimpan semula baki susu yang telah diminum di dalam peti sejuk untuk diminum semula pada hari yang sama. Namun, adalah lebih baik jika baki tersebut dibuang selepas 1 - 2 jam tidak diminum. - Academy of Breastfeeding Medicine’s Clinical Protocol #8: Human Milk Storage Information for Home Use for Full-Term Infants (March 2010
  4. Baki susu ibu yang telah diminum boleh disimpan untuk jangka masa 6 - 8 jam untuk digunakan semula kerana ia mempunyai antibodi yang menghalang pertumbuhan bakteria, tidak seperti susu formula. - Per Breastfeeding, A Guide for the Medical Profession (7th edition, 2011) by Ruth Lawrence, MD (p. 639)
  5. Terdapat kajian oleh Brusseau R. yang mana, tiada perbezaan ketara antara kandungan bakteria di dalam baki susu ibu yang telah diminum bayi (telah terdedah kepada air liur bayi) yang disimpan semula dalam peti sejuk ( 4-6'C) dengan kandungan bakteria di dalam susu ibu yang masih belum digunakan. Dan ujian ini diteliti untuk tempoh 48 jam.Kajian ini dibuat merangkumi susu ibu yang freshly expressed dan disejuk beku. Walaupun ikut kajian ini, ia menunjukkan susu ibu yang telah diminum selamat digunakan semula untuk tempoh 48 jam disimpan dalam peti sejuk, namun Brusseau R. kata dia perlukan sampel yang lebih besar untuk analisis yang lebih meyakinkan. - Brusseau R. Bacterial Analysis of Refrigerated Human Milk Following Infant Feeding. May 1998
Pandangan-pandangan di atas ini boleh di ambil pakai untuk para ibu dan pengasuh agar tindakan bijak dapat dilakukan dalam mengendalikan susu termahal di dunia ini.

Akhirnya, tips daripada www.MahuSihat.com ialah, adalah lebih bijaksini jika penjaga si bayi menyediakan amaun yang tepat (atau hampir tepat) untuk si bayi minum. Contohnya, jika mengikut perhatian, bayi biasanya hanya minum 3 oz, jadi tuangkan hanya 3 oz dalam botol susu yang akan dihangatkan dan disua kepada bayi - kerana kebiasaan susu ibu disimpan dalam amaun 4 - 6 oz. Simpan selebihnya di dalam peti sejuk, tanpa dihangatkan dahulu. Ini adalah supaya tidak semua susu ibu tersebut terkena kepada air liur bayi. Oh ya. Susu ibu yang disejuk beku hendaklah dicairkan (thawing)secara perlahan di bahagian peti sejuk bawah (4-6'C).

Tips Menguruskan Baki Susu Ibu / Expressed Breast Milk (EBM) Yang Telah Diminum Bayi
susu ibu mengandungi kasih sayang dan jiwa keibuan didalamnya. menjayakan proses penyusuan bererti menguatkan hubungan seorang anak dengan ibunya.. selain daripada menjamin kesihatan tubuh dan perkembangan otak bayi yang lebih baik.


Done! Happy breastfeeding dear owesome moms~

Untuk sebarang pertanyaan supplements yang membantu memeriahkan penghasilan susu anda, pm terus ke:

019-4573667
Syarifah Radhiyah
www.MahuSihat.com




Continue Reading

27 Sept 2014

Migrain?? Atasinya Dengan OsteMatrix, B-Complex Shaklee

Sakit kepala?? Migrain?? 

Ia berlaku apabila saluran darah (arteri) di bahagian kepala anda membesar dan tisu saraf yang mengelilingi arteri tersebut membebaskan bahan kimia lantas menyebabkan radang (inflammation). Bila keradangan terjadi, arteri ini akan menjadi lebih besar, bersamanya kesakitan yang menyebabkan anda rasa nak hantuk kepala kat dinding. *peluh

Migrain?? Atasinya Dengan OsteMatrix, B-Complex Shaklee
aarkkkk.. sa kitt sa ngattt!

Apakah Penyebab Migrain??

Banyak sebab. Ini antara punca-punca sakit kepala dahsyat / migrain berlaku:
  • Tindakbalas alahan
  • Cahaya yang terlalu terik (tengahari buta), bunyi bising ya amat, bau / perfume
  • Stress dari segi fizikal atau emosi
  • Bertukar waktu tidur atau tak cukup tidur
  • Tak makan atau berpuasa
  • Kitaran haid, pil perancang kehamilan, permulaan menopause (berhenti haid)
  • Makanan yang mengandungi tyramine (cheese pizza?, hati ayam), MSG (chikedis, makanan masak kat kedai mamak, warung kak jah) dan nitrates (hot dogs??)
Apapun, penyebab migrain ni kadang2 berbeza setiap individu. Dan, mengelak daripada punca2 tersebut tak begitu menjamin migrain takkan terjadi.

Apakah Tanda Migrain?

Antara tanda-tanda migrain berlaku kebiasaannya pesakit akan berasa:
  • Sakit kepala samada sakit atau sa kit sa ngatt. Kesakitan ni biasanya pada satu tempat. Namun, ia boleh terjadi di bahagian lain pada masa akan datang.
  • Sakit mencucuk dan menekan di bahagian kepala tersebut
  • Kesakitan bertambah bila melakukan aktiviti
  • Yang paling tak seronok, tak boleh nak teruskan kerja harian!
  • Loya, muntah
  • Semakin sensitif terhadap cahaya dan bunyi
Migrain diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Dan untuk keadaan migrain yang ditahap biasa (walaupun sakit jugak), tiada perubatan khas yang disediakan untuknya melainkan ubat-ubatan untuk tahan atau kurangkan rasa sakit. Jadi, jika keadaan migrain anda masih ditahap belum sampai kena makan ubat-ubatan khas, adalah lebih bijak jika anda tanganinya dengan mengambil supplement. Agar saluran darah dan sistem saraf anda lebih sihat.

Migrain?? Atasinya dengan OsteMatrix, B-Complex Shaklee

Migrain?? Atasinya Dengan OsteMatrix, B-Complex Shaklee

Mengapa OsteMatrix?

OsteMatrix Shaklee telah diuji secara klinikal mampu diserap tubuh pada kadar maksima dan ia aktif di dalam tubuh selama 12 jam. Pada 12 jam inilah kandungan Ostematrix diserap pada sel-sel lalu memberikan kesan pemulihan.

OsteMatrix lebih sekadar kalsium. Ia juga mengandungi vitamin D yang penting untuk penyerapan kalsium oleh tubuh, mangan, kuprum dan zink yang sangat diperlukan oleh bukan sekadar tulang, tetapi juga jantung, hati, paru-paru, ginjal serta fungsi otot dan tulang.

Kesan yang baik kepada seluruh jisim tubuh inilah amat penting untuk membantu mengurangkan stress, memperbaiki depresi, mood yang tidak stabil, punca kepada sakit kepala dan pitam.

Mengapa Sustained Release Vita-C Plus??

Vitamin C Shaklee ini direka dengan teknologi Sustained Release. Iaitu setiap 100mg ascorbic acid (vitamin C) dilepaskan ke dalam tubuh setiap 1 jam. Jadi, ia diibaratkan anda memakan 1 biji oren sunquick setiap 1 jam.

Vita-C Plus dibuat daripada sumber jagung yang mana kandungan vitamin C nya amat pekat. Ditambah dengan citrus dan bioflavonoids, ini membantu mempercepat dan memaksimakan penyerapan ke dalam sel tubuh.

Vitamin C sangat penting untuk menjaga kesihatan tisu tubuh, tulang, saraf, gigi dan gusi serta integriti kulit. Kesihatan dalaman inilah yang seterusnya memberi impak terhadap pemulihan daripada tekanan, insomnia, dan keresahan.

Mengapa B-Complex???

Anda mempunyai cukup Vitamin B? Ini kerana pemakanan yang tidak seimbang, keadaan sekeliling, atau sesetengah perubatan boleh menjejaskan kadar vitamin B yang terdapat dalam tubuh anda. B-complex Shaklee, ia mengandungi kesemua ahli keluarga vitamin B secara lengkap (8 jenis).Tak semua vitamin B dijual secara lengkap. Kerana kosnya yang tinggi.

Folic acid dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah. Vitamin B1, B2, B3, B6, biotin dan pantothenic acid membantu untuk memproses protein, lemak dan karbohidrat agar menjadi tenanga. Ia juga penting kepada fungsi saluran darah dan tisu saraf; jadi ia penting kepada proses membaikpulih sakit kepala, stress, kemurungan dan insomnia.

Paling utama, B-complex Shaklee mudah diserap oleh tubuh. Sekiranya satu tablet bernilai RM0.50, anda akan mendapat RM0.48 khasiatnya! (maksudnya, hampir 100% tablet yang anda telan berjaya diserap dan memberikan kesan)

Mengapa Shaklee? Vitamin jenama lain tak boleh ke??

Yang ini anda perlu ingat. Mengapa kami sarankan anda menggunakan jenama Shaklee. Ini adalah kerana, setiap vitamin yang dihasilkan oleh Shaklee telah menjalani ujian klinikal - ujian ini hanya diwajibkan untuk ubat-ubatan, tidak kepada supplement. Oleh itu, setiap vitamin Shaklee telah dibuktikan keberkesanannya terhadap kesihatan para penggunanya. Bukan itu sahaja. Vitamin Shaklee dihasilkan secara semulajadi (natural) - iaitu tiada pewarna, pengawet, perasa, mahupun bahan kimia rekaan (sintetik). Kesemuanya diekstrak original daripada sumber alami - kalau nak kata Shaklee ni jamu moden lagi berteknologi pun boleh. *senyum

Untuk maklumat lanjut tentang Set Migrain ini, atau ingin tahu tentang testimoni pengguna yang telah merasai kesannya, hubungi:

019-4573667
Syarifah Radhiyah 
www.MahuSihat.com


Continue Reading

23 Sept 2014

Cara Pengurusan EBM (Expressed Breast Milk)

Tahniah buat anda yang memilih untuk menyusukan bayi anda secara penuh! Bukan senang nak senang tau.. Dahlah Allah akan beri anda pahala dalam setiap teguk susu yang bayi kita minum, rata-rata bayi yang menerima penyusuan ibu penuh lebih sihat dan lebih tinggi IQ nya. InsyaAllah.

Bagi para ibu yang masih 'freshie' dalam dunia penyusuan ni, ayuh di sini saya kongsikan bagaimana cara pengurusan EBM (Expressed Breast Milk).


ini ialah hasil perahan pada hari pertama saya bekerja. 'Aizsy waktu tu 3 bulan. nostalgia beb!
Cara Mengumpul Stok EBM

Ini ialah Medela Freestyle (RM1.3-1.7k)
  1. Pastikan tangan dan peralatan mengepam sentiasa bersih.
  2. Pam ketika anda berehat, tenang, dan ketika payudara terasa penuh.
  3. Sebelum naik kerja, latih anak anda untuk minum susu EBM dalam botol. Ia memerlukan 3 - 4 minggu untuk memperkenalkan botol susu. Pilih jenis botol susu yang support breastfeeding. 
  4. Waktu kerja 8 jam, sebolehnya anda mengepam 3 kali (rehat pagi - tengahari - petang). Berbincang dengan ketua anda untuk tujuan ini.

  5. Atau, jika anda keluar (bayi tidak bersama) lebih daripada 3 jam, anda jua seharusnya mengepam pada waktu itu. Jika tiada breastpump machine, jangan panik! Anda boleh gunakan teknik manual.
  6. Penyusuan secara langsung (direct feeding) pada waktu malam dan ketika anda bercuti sangat merangsang kepada penghasilan susu yang meriah. Selain itu ia juga dapat mengeratkan hubungan anda dengan bayi tersayang! 

Cara Menyimpan Stok EBM

  1. Pertama, anda harus tahu bahawa susu EBM ada pelbagai warna, bau dan rupa. Itu normal. Sebab ini semua bergantung kepada diet si ibu. Maknanya.., penting tak pemakanan ibu untuk kelestarian susu yang diperah?? Penting...!
  2. Kedua, anda boleh menambah susu yang diperah pada waktu tengahari ke dalam susu yang telah diperah pada waktu pagi. Lepas tu, baru simpan! ^_^ 
  3. Baca sini untuk TIPS MUDAH BANYAKKAN SUSU.
  4. Susu yang disimpan akan terbahagi kepada 2. Bahagian berlemak akan terapung di atas dan air akan mendak di bawah. Itu normal. 
  5. Sebaiknya susu EBM disimpan dalam amaun 4-5oz sahaja. Ini untuk elakkan pembaziran setelah susu dicairkan nanti. Sebab biasanya bayi hanya minum 4-5oz satu sesi. Botol/beg EBM yng dijual di pasaran pun biasanya bersaiz 5oz.
ihsan inche medela. jenama penjagaan EBM terbaik pilihan hospital dan perbidanan. *tolong promote sket.. hehe

Cara Membekukan Stok EBM

  1. Jangan simpan EBM di bahagian pintu peti sejuk. Sebaiknya, simpan di bahagian yang paling sejuk (di bahagian tengah tempat sejuk beku).
  2. Penuhi susu EBM 3/4 botol sahaja. Tinggalkan sebahagian ruang udara. Ini kerana, susu akan mengembang (isipadu bertambah) apabila beku. Jadi, taklah botol EBM anda mudah pecah / retak. 
  3. Labelkan botol/beg EBM dengan tarikh mengepam. Ini memudahkan proses First In First Out! 
Cara Mencairkan EBM

  1. Jangan cairkan / suamkan EBM yang beku menggunakan microwave atau dalam air mendidih untuk mengelakkan kehilangan vitamins dan mineral serta komponen-komponen penting yang lain yang terdapat dalam susu EBM.
  2. Sebaiknya, cairkan susu EBM beku dengan membawanya turun dari tempat sejuk beku ke bahagian dingin sepanjang malam. Susu akan mencair secara perlahan sepanjang malam.
  3. Alternatif lain, anda boleh letakkan susu EBM tersebut pada beg suam (bersuhu maksimum 37'C). Ini semua bertujuan untuk memelihara segala komponen penting dalam susu ibu tersebut. Ingat, susu ibu adalah susu yang paling mahal kat dunia ni kerana komponen-komponen di dalamnya tidak dapat ditandingi oleh susu formula!
  4. Suamkan EBM dalam heater yang sesuai (suhu tidak melebihi 37'C) atau rendamkan botol / beg EBM dalam air panas (bukan mendidih).
  5. Selepas EBM mencair dan suam, pusarkan (swirl) botol susu yang mengandungi EBM tersebut secara perlahan untuk sebatikan bahagian air dan lemak. Menggoncang atau mengacau susu tersebut boleh menyebabkan komposisi susu tersebut tidak stabil. 
  6. Ingat! EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula. Ia mesti digunakan dalam masa 24 jam. (Baki susu lepas minum tu boleh simpan dalam peti sejuk bahagian bawah untuk digunakan pada hari sama - walaupun ada sesetengah ibu menggunakan baki tersebut untuk keesokan hari)

penyusuan secara langsung dapat eratkan rasa cinta dan kasih sayang antara ibu dan anak. susu ibu menyampaikan naluri keibuan anda kepada anak anda..

Okay..dah siap. Susu EBM sedia diminum oleh anakkanda terchenta.. Jangan lupa bacakan doa dan ayat2 quran semoga anak anda sihat dan membesar jadi hamba Allah yang soleh bertaqwa. InsyaAllah, ameen...

*Jika anda ada masalah tentang penyusuan atau mahukan lebih tips keibubapaan dan penyusuan, emelkan ke

aizsya.hh@gmail.com

**Sekiranya anda perlukan set pemakanan tambahan untuk menggalakkan penghasilan susu atau anda mahu memulakan semula penyusuan selepas berhenti menyusu, call/ sms

019-4573667 | Syarifah Radhiyah




Continue Reading

8 Sept 2014

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah

Bila usia dari 3 series nak masuk 4 series (ala2 BMW gitu), mulalah kan nampak garis-garis halus kat tepi mata.. asal senyum je nampak. nampak je senyum. eh. tak senyum pun dah nampak..! Bintik-bintik hitam kat rahang pipi pun mula menampakkan diri.. aduss. Terus rasa malas nak tengok cermin kan.. nak pakai tudung pun tengok dari jauh je.. haha.

*Ini adalah reaksi salah seorang kakak saya yang saya ceritakan tanpa pengetahuannya. kikiki.. ampun!

Ok. Stop mengumpat. Meh cheq nak habaq mai..

Shaklee ada satu set inovasi untuk penjagaan wajah. Nutriwhite series.

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
amek haa.. siap dah masuk Rencana dalam majalah Wanita kau....
Betul. Set Nutriwhite ni adalah untuk menyerikan atau menaikkan seri wajah. Izinkan saya perkenalkan ketujuh keluarga Nutriwhite ini. tadaaa~~

1. Gentle Deep Foaming Cleanser

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
  • Membersih dan menyegarkan kulit
  • Ekstrak rumpai laut di dalam nya berfungsi untuk menyah cela, menanggalkan dan menegangkan kulit
  • Algae hijau bekerja secara mendalam untuk detoksifikasi dan melembapkan
  • Strawberry Begonia akan menyerahkan kulit serta memudarkan dan mensekatan warna kulit akibat pigmentasi
  • Melembut dan menganjalkan struktur wajah
Satu bekas ni 150g. Ikut pengalaman saya, 4 bulan pakai untuk seorang. Sebab sekali guna hanya sebesar kacang pea. Sangat jimat!

2. Soothing Radiance Whitening Softener (toner)

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
  • Menenang dan mengembalikan kulit ke pH asal (kena tahu banyak jenis toner akan memedih dan mengeringkan kulit akibat pH yang keras pada kulit wajah).
  • Kulit akan rasa lebih segar dan kejap (liang pori mengecil) akibat tindakan Rosemary yang ada di dalamnya!
  • Kudzu pula akan menegang dan mencerahkan kulit.
  • Marshmallow (ini bukan makanan eh. ini sejenis tumbuhan. hu) pula akan melembapkan!
  • Paling penting, ia sangat berkesan!!
Ehem. Tu kalau tengok nama dia yang panjang pun dah tahu tujuan dia. Kenapa ia tak dinamakan toner sebab ia adalah Soothing (menenangkan kulit yang bermasalah) - Radiance (menyerikan wajah yang kusam tak bermaya) - Whitening (mencerahkan secara semulajadi. kulit yang muda lebih cerah berbanding kulit yang tua kerana pigmentasi dan pengoksidaan) - Softener (melembut dan menganjal struktur kulit). Haa.. nampak.. O.o

Ok. Ini ada 150ml. Boleh tahan 4 bulan jugak. Kalau anda jenis skip, memang setengah tahun laa bekalan ni. Jimat betul tak? Alah membeli menang memakai. Berkesan pun, berkesan.

3. Daily Defence Whitening Essense

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
Ini ialah satu cara yang membantu anda untuk mencapai tahap wajah bak 'porcelain'. *Ini Shaklee yang cakap tau - bila Shaklee yang claim, ini maksudnya mereka telah menjalankan trial dan ia memang terbukti berkesan!
  • Bearberry to mencerah dan menegang
  • Strawberry Begonia untuk mensekatakan warna kulit yang tak sekata akibat pigmentasi
  • Soybean untuk melembut dan mencegah tompokan minyak pada kulit
  • Mulberry untuk mencegah kulit rosak akibat pancaran UV
  • Vitamin C aktif di dalamnya berfungsi untuk memperbaiki kecerahan wajah serta mengembalikan seri wajah!
  • Ini penting, ia sangat lembut dan mempunyai molekul sangat halus yang amat mudah diserap kulit. Jadi takdelah kan kesan putih2 kat kulit atau meleleh bila kena matahari.. pheww~

4. Overnight Renewal Whitening Cream

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
  • Menyegar dan memberi nafas baru (rejuvenate) kepada sel kulit anda sepanjang malam
  • Linden (sejenis tumbuhan) memelihara dan menghidrat kulit sedari dalam
  • Scullcap mencerah dan menenangkan keradangan kulit (contohnya kulit yang kemerahan, sun burn, atau kekeringan)
  • Vitamin C Aktif menghilangkan noda dan mengembalikan kecerahan
  • Apa yang pasti, anda akan rasakan kulit wajah lebih lembut, licin, dan berseri sebaik bangun pada waktu pagi!
Satu jar ni 48 gram. Besar lebih kurang satu tapak tangan. Memang tahan lama la. 4 bulan jugak mengikut kiraan saya yang bersaiz biasa. Hehe. Jujur. Ia berbaloi-baloi. ^^


5. Ultimate Protection Whitening Lotion

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
 
 *Nama macam gempak je kan.. Ultimate. Huhh.

Baiklah. Ini khas untuk mereka yang benar-benar nak mencerahkan kulit atau kulitnya memang bermasalah. Jerawat vulgaris ke.. Kulit menipis akibat guna produk yang menghakis so bila kena matahari jadi pedih. Dan sebagainya.

Lotion ni dia ringan je (maksudnya tak rasa setompok macam sunblock tu). Ia mengandungi ekstrak botani seperti Mulberry yang berfungsi untuk halang kulit daripada rosak akibat pancaran matahari dan Mountain Arnica untuk meredakan keradangan serta membantu membina ketahanan kulit terhadap persekitaran.

6. Spot Whitening Treatment
Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah

Ini untuk menghilangkan tanda penuaan seperti bintik hitam secara intensif!
  • Memudarkan tampakan tompok bintik hitam (brown spot) akibat tanda penuaan agar wajah lebih cerah
  • Kuasa pencerahan melalui tumbuhan botani ini terhasil daripada kandungan optima derivatif Licorice dan Peony; kerana kedua-dua jenis tumbuhan ini mempunyai nilai yang sangat tinggi terhadap kebolehan mencerah, anti-radang (anti-inflammatory) dan melindung!
  • Cat’s Claw (sejenis tumbuhan!) menganjalkan kulit.
  • Vitamin C Aktif memberikan kecerahan, serta kulit yang lebih sekata dan halus.
Spot whitening treatment ni macam pen. Nampak tak tombol di sebelah kanan tu? Bila kita tekan, baru dia keluar sket. Sapukan saja kat tempat bermasalah, 2 kali sehari. Gunakan sikit saje. Hehe. 


7. Gentle Action Makeup Remover

Set Nutriwhite Shaklee Penyeri Wajah
Ini dianjurkan pada mereka yang menggunakan makeup yang agak tebal.
  • Ia akan menjadikan kulit anda lembut, halus dan berseri!
  • Beech Tree Buds dengan lembut tapi sekaligus membuang sel-sel kulit mati tanpa meninggalkan sedikit pun!
  • Aloe menyegar dan menegangkan kulit
  • Ringan, tak berminyak dan menyelesakan~



Untuk mencuba, anda digalakkan mencuba 4 unit pertama. Adapun yang lain, mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

Setakat ni, semua pelanggan saya yang menggunakan Nutriwhite series memang berpuas hati. Sebab ia adalah semulajadi, dan hanya menggunakan bahan tumbuhan yang kurang mengakibatkan reaksi alahan dan keradangan pada kulit. Paling utama, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Kalau anda dah cerah, ia akan mengekalkan kecerahan wajah anda. Ia tidak menghakis dan menipiskan kulit. Kami telah menggunakannya dan kami amat berpuas hati.



Jika anda ingin tahu lebih lanjut atau ingin mendapatkan pencerahan, hubungi:

019-4573667
Syarifah Radhiyah

InsyaAllah, saya akan bantu anda. :)


agak-agak lepas tu kulit saya boleh jadi macam ni tak ye.... ehekk.
Continue Reading

6 Sept 2014

Meal Shakes Bantu Atasi Anak Memilih Makan

"Waktu makan memang paling masalah. Anak saya selalu memilih ayam goreng dan nugget saja. Lain semua dia tolak tepi. Sayur apatah lagi!"

"Risaulah..anak saya selalu sakit. Mana tak nye.. makan pun tak mahu. Dua tiga suap aje, dah kenyang katanya. Tapi kalau disua cikedis, laju pula!"

Meal Shakes Bantu Atasi Anak Memilih Makan
"Yeeuww.. tak sedap!!"


Pernah lalui adegan macam ni atau yang sewaktu dengannya?

Hehe. Saya ni, sejak bergelar ummi, baru lah terasa akan pentingnya pemakanan anak-anak. Walaupun 'Aizsy baru setahun dan masih menyusu badan penuh di samping makanan sebagai pelengkap, tapi memang sangat membimbangkan hati bila tengok anak-anak yang tak nak makan sayur, buah,  dan nasi. Senang cakap makanan-makanan berkhasiat lah.

Datang masalah lagi, bila dalam sebulan, mesti akan ada demam lah.. selesema lah.. batuk lah.. almaklum duduk kat taska. Ramai pulak bercampur gaul. Hmm... letih dibuatnya.

Anda pernah dengar tentang Meal Shakes?

Meal Shakes Bantu Atasi Anak Memilih Makan
ini ialah mealshakes. perasa french vanilla. ala2 susu. tapi boleh dicampur lain. sedap rasanya!
Meal shakes adalah minuman sedap berkhasiat untuk seisi keluarga. Ia mengandungi protein yang dilengkapi dengan vitamins dan minerals. Asid amino adalah unit asas protein. Dan ia ada 20 jenis kesemuanya. Selain membekalkan 11 jenis asid amino tidak asas, Meal shakes menyediakan 9 jenis asid amino asas yang sangat penting untuk tubuh sebab asid amino asas ni tak boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Kuantitinya pulak adalah seimbang dan stabil, elok aje mengikut keperluan tubuh badan. Anda tahu kan, kalau kuantiti sesejenis asid amino itu terlalu tinggi dalam pengambilan makanan, contohnye purine, haaaa... serangan gout la akan bertamu!!!

Apa lagi kebaikan Meal Shakes ni? Ia juga adalah hidangan segera yang ideal disebabkan kandungan kolesterol, lemak dan garam yang rendah. Anda boleh nikmati nya bila-bila masa! Jika anak anda menyusu dalam botol, boleh berikan 1 scoop meal shakes, campur dengan susu segar atau susu tepung harian dia. Ini lebih ekonomi. Hehe.

Kenapa Meal Shakes ni mostly protein? Tahukah anda, protein adalah binaan asas kepada semua sel termasuklah sel otot, otak, tulang dan seluruh jisim tubuh. Jadi, apabila pengambilan protein lengkap diterima oleh tubuh badan, terutamanya anak-anak kecil yang memang sedang dalam proses tumbesaran, maka sel-sel akan bercambah dan menumbuh dengan sihat dan cemerlang!! Ramai yang mendapati anak-anak mereka mempunyai tahap kesihatan dan konsentrasi yang lebih baik bila amalkan Meal Shakes ni.


Meal Shakes Bantu Atasi Anak Memilih Makan


Isi utamanya ialah, pemakanan sempurna dengan zat dan khasiat yang cukup sangat sangat penting untuk kesihatan keluarga sejagat. Ok. Abaikan segala masalah tatabahasa.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi

019-4573667 | Syarifah Radhiyah

Konsultasi akan diberikan secara percuma bersama produk dengan harga kasih sayang..~  Anda pasti takkan menyesal. ;)




Continue Reading

5 Sept 2014

New Work Station - feeling motivated!!

Alkisah.. Berbulan jugaklah saya duk 'berzikir' tentang nak ada laptop yang besar dan mantap untuk majukan perniagaan Shaklee ni. Mana tidak nya, laptop yang ada tu halus sangat. Dan mungkin sebab dah 5 tahun berbakti semasa zaman universiti dulu, jadi dia agak lambat dan sangat menguji kesabaran saya. Tambah pulak, laptop kecik ni, memang tak boleh nak accommodate high load task macam edit gambar, poster, dan sewaktu dengannya. Nak update entry dan edit blog pun... lambat dan hang tahap dewata raya. Grrrr...

Nak beli baru, laptop kecik tu masih boleh dipakai. Jadi tak lah terbeli-beli.

Sampai akhirnya, adik ipar yang masih final year, laptop dia rosak. So, kita ambil peluang, offer dia pakai laptop tu. Simple task yang hanya guna word, power point, dengar lagu, tengok gambar, insyaAllah, masih boleh well function. Hehehe.

So, bila dah langsung takde laptop ni, memang confirm2 lah order Shaklee dari customer, register membership, update tugasan hakiki di pejabat, tak dapat nak dibuat.. terpaksa pulak berkejar ke office inche suwami.. adooiiii... masa!

Tak tahan. One shot action, pergi bank, keluarkan duit yang saya dah menabung bertahun (T_T nanges!!), ambil sebahagian, terus pergi ke Ai Taiping, survey laptop, mintak recommendation dealer, setuju, zassss! Printer sekali saya cekup. Ditemani cik abang dan cik baby. (tq soooo much!!)

Settle.

laptop baruuuu!!! wee~  (gambar hiasan jekk haha!)


Sesungguhnya, kalau kita nak berjaya dalam apa pun bidang yang nak diceburi - macam kalau saya ni, perniagaan Shaklee saya lah - memang akan ada sesuatu yang kita kena invest. Pelaburan dari segi kewangan, masa, tenaga dan buah fikiran. Pada saya, paling mahal ialah MASA. Kerana masa tak boleh nak restock atau rewind.

Paling penting.
MASA adalah NYAWA dan UMUR saya. *ok. ini akan diulas pada entry lain. hinshh.

Baiklah.
Sekarang saya lebih termotivasi!
Saya sememangnya Pengesar Bebas Shaklee yang serious. Tapi kali ini akan lebih serious!!!!
(tak senyum)

sebelum sampai ke puncak, pendakian itu nampaknya melelahkan. yang tak semua orang lihat apalagi mampu mengharunginya. namun saat melepasi puncak, ia tak lagi memerlukan daya tujahan. perjalanan itu menderum laju dan tak lagi terasa jerihnya. hanya sanya memerlukan konsentrasi dan istiqamah agar selamat sampai pada tujuan. ilaa mardhatillah.


Jemput menyertai anda yang berminat untuk menjadi anak didik saya dan ayuh, kita maju bersama!

pm / whatsapp
Syarifah Radhiyah 
019-4573667
aizsya.hh@gmail.com


atau isikan sahaja borang pendaftaran ahli.

Selamat Maju Jaya!  (^_^)


Continue Reading